Kena Cuba! Cara Mudah Mengatasi Ketiak Basah
Kredit : beautyjunkees.com
Anda Pernah Mengalami Masalah Ketiak Basah?Ketiak merupakan bahagian tubuh yang sering menimbulkan masalah seperti ketiak berbau, ketiak hitam dan juga ketiak basah.
Keadaan cuaca yang panas dan kering boleh membuatkan ketiak basah serta meninggalkan bau yang tidak menyenangkan.Banyak faktor yang menyebabkan ketiak basah, namun sebahagian besarnya disebabkan oleh hormon atau pengaruh daripada makanan yang kita nikmati. Mengatasi masalah ini dengan pemakaian deodorant adakalanya tidak berkesan.Bahkan deodorant yang dipakai membuatkan warna baju putih bertukar menjadi warna kuning.
Berikut beberapa cara mudah untuk mengatasi ketiak basah secara semulajadi.Antaranya…
Lemon merupakan buah yang mempunyai pelbagai manfaat. Lemon boleh mengurangi kelembaban peluh. Selain itu juga boleh membuatkan ketiak anda menjadi lebih putih dan bersih. Gosok potongan lemon sebelum mandi dan biarkan sejenak, kemudian mandi seperti biasa.
Cuka epal dikatakan mempunyai kandungan anti bakteria yang menyebabkan ketiak mengeluarkan bau tak sedap ketika dalam keadaan basah dan lembab.Biasanya di situlah bakteria membiak sehingga mengeluarkan bau yang tak sedap. Anda boleh mengatasi masalah bau tersebut dan menghadkan jumlah peluh dengan menyapu cuka epal 30 minit sebelum anda mandi. Gunakan kapas dan sapukan lembut pada kawasan ketiak. Biarkan selama 30 minit, kemudian mandilah seperti biasa.
- Baking Soda
Selain digunakan untuk membuat kuih, baking soda juga mampu mengatasi masalah peluh yang berelebihan. Buat pasta daripada baking soda dan air, kemudian sapukan pada ketiak. Biarkan selama 30 minit sebelum dibilas dnegan air sejuk.
Stress mampu mempengaruhi pengeluaran peluh menjadi lebih banyak. Jadi, usahakan untuk bersikap lebih tenang, tidak memberontak, marah-marah, emosi dan sebagainya. Gaya hidup yang sihat dapat membantu tubuh menjaga peluh agar tetap normal.
Gunakan pakaian yang diperbuat daripada material kain semulajadi seperti kapas, cotton atau linen. Jenis pakaian tersebut mampu membuatkan kulit bernafas serta menjaga ketiak agar tetap kering. Untuk mengatasi masalah ketiak basah, anda juga disarankan untuk menghindari pakaian yang ketat.
<< Ketahui cara berkesan untuk menghilangkan bulu ketiak di sini.
No Comment