5 Cara Mengatasi Masalah Perut Kembung Dengan Cepat Dan Mujarab
Kredit : gazettereview
Cara Mengatasi Perut Kembung.Tentu anda nak tahu, kan?
Mengalami masalah perut kembung boleh membuatkan anda berasa tidak selesa untuk melakukan sebarang aktiviti. Segalanya boleh menjadi serba tak kena, apatah lagi perut bergas dan sesekali disertai rasa sakit dan rasa ingin muntah.Biarpun penyakit ini tidak dikategorikan berbahaya, namun jika tidak ditangani dengan baik ia boleh menganggu aktiviti dan produktivi harian anda.
Perut kembung biasanya dikaitkan dengan adanya gangguan pada sistem tubuh manusia. Misalnya, kerana pengambilan makanan yang banyak menimbulkan gas seperti sayur kobis atau kacang.Makanan ini boleh menimbullkan rasa yang tidak selesa disebabkan kerana adanya pengumpulan gas pada bahagian ulu hati tersebut yang kemudiannya menyebabkan gejala masuk angin perut kembung.
Berikut beberapa tips atau cara mengatasi perut kembung yang wajar anda ketahui.
- Minyak Angin
Gunakan minyak angin.Fungsinya untuk memanaskan sekaligus mengeluarkan angin yang ada di dalam perut. Anda boleh gunakan minyak angin atau minyak panas kayu putih dan gosokkan pada sekitar kawasan perut, khususnya bahagian pusat.
- Minum Air Halia Panas
Halia memberikan efek hangat tanpa rasa pedih di ulu hati. Anda boleh minum air halia panas ketika perut kembung. Halia juga boleh memberikan efek anti inflamasi, sehingga dapat memberi daya ketahanan tubuh ketika terkena air hujan.Cara membuat air halia panas sangat senang. Ambil sedikit halia, kupas dan cuci dan hancur-hancurkannya. Kemudian campur dengan air panas dan sedikit madu atau gula.
Baca Juga: Khasiat Halia Untuk Stamina Seks
- Bawang Merah
Khasiat bawang merah memang banyak dan sangat multifungsi. Salah satu kegunaanya ialah mengatasi masalah perut kembung.Caranya mudah sahaja, ambil sebiji bawang merah dan kemudian diparut dan dicampur dengan minyak telon atau kayu putih. Setelah itu tempelkan bawang yang telah diparut itu di bahagian pusat.
Baca Juga: Manfaat Bawang Merah
- Jus Lemon
Jus lemon sangat bermanfaat untuk mengurangkan gas di dalam perut. Ambil ½ lemon dan ½ sudu teh baking soda,kemudian campurkan dengan air. Walaupun terasa pahit, ia cukup efektif untuk mengurangkan rasa sakit kempung perut disebabkan gas yang berlebihan. Minum jus lemon sebelum makan makanan bergas mampu mencegah perut kembung.
Baca Juga: Kehebatan Air Perahan Lemon
- Vitamin C
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi vitamin C juga bagus untuk anda yang mengalami masalah penghadaman serta kembung perut. Vitamin C boleh diperoleh daripada oren, tomato, kiwi, mangga, betik dan lain-lain lagi.
Jangan lupa SHARE artikel ini ya.
<< Ketahui manfaat makan dan minum jus lobak merah di sini.
No Comment