ProblemSihat

Ketahui Cara Berkesan Untuk Menghilangkan Bulu Ketiak

cara menghilangkan bulu ketiak - woman online magazine

Kredit : bp

Bagi wanita,memiliki ketiak bersih dan putih tanpa adanya bulu mampu membuatkan keseluruhan penampilan mereka nampak lebih menarik.Namun, berbeza bagi sesetengah lelaki.Bulu ketiak yang lebat menjadi kebanggaan tersendiri buat mereka.

 

Begitulah lumrahnya kehidupan, lain orang lain citarasa dan perspektifnya. Banyak cara yang cuba dilakukan oleh wanita untuk menghilangkan bulu ketiaknya.Tampil bebas tanpa bulu ketiak membuatkan wanita berasa lebih selesa dan yakin, apatah lagi apabila memakai pakaian tanpa lengan. Daripada banyak cara yang ada untuk menghilangkan bulu ketiak, cara semulajadi ini paling disarankan. Ini adalah kerana bahan-bahan semulajadi lebih selamat digunakan tanpa efek sampingan serta tidak menimbulkan rasa sakit.

Berikut beberapa cara menghilangkan bulu di ketiak dengan teknik semulajadi.

  1. Kunyit Dan Kapur Sirih

Cara semulajadi untuk menghilangkan bulu ketiak adalah dengan mengunakan kunyit yang dicampur dengan air kapur sirih. Campurkan kunyit dengan air kapur sirih, kemudian sapukan campuran tersebut pada kulit ketiak yang sudah dicabut bulunya. Campuran ini akan menghentikan pertumbuhan bulu ketiak untuk waktu yang lama.

  1. Tepung Jagung, Telur & Gula

Anda boleh menggunakan tepung jagung sebagai salah satu cara untukmenghilangkan bulu ketiak. Caranya cukup mudah,campurkan 5 sudu makan tepung jagung dengan gula pasir dan putih telur. Kacau hingga rata campuran tersebut, kemudian sapukan pada ketiak secara merata. Tutup ketiak dengan kain,biarkan sehingga kering. Setelah kering, cabut kain dengan hentakan keras dengan arah yang berlawanan dengan pertumbuhan bulu.

  1. Masker Bengkoang

Cara ini sangat mudah dan bahannya pun sangat mudah untuk dicari. Anda boleh menyapu masker bengkoang pada ketiak.Biarkan selama 10-15 minit . Lakukan secara teratur, dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

  1. Masker Mentimun & Air Lemon

Cara menghilangkan bulu ketiak yang seterusnya adalah dengan menggunakan masker mentimun dan air lemon.Blender mentimun, kemjdian campurkan dengan perahan lemon. Setelah itu, sapukan pada ketiak dan biarkan selama 10 minit. Lakukan teknik ini secara rutin dan insyaAllah, anda akan melihat hasilnya nanti.

<< Ketahui cara betul mencukur bulu ketiak di sini.

 

Previous post

Ingin Kekal Cantik? Lakukan Perkara Ini Sebelum Anda Tidur

Next post

Semak 7 Petanda Anda Telah Terkena Penyakit Anemia

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *