Cara Terbaik & Selamat Tunda Kehamilan
Foto: resources3
Ramai wanita yang sudah berkahwin, tetapi merasakan dirinya belum bersedia untuk hamil dengan pelbagai macam alasan.Tidak dinafikan ada pasangan suami-isteri yang bersikap begitu, menimang cahaya mata adalah sesuatu yang sukar untuk diterima oleh mereka.
Mungkin si isteri mengidap penyakit tertentu, dilarang sama sekali untuk mengandung atau dihimpit oleh faktor ekonomi yang masih belum stabil adalah antara punca menyebabkan ramai pasangan terpaksa menunda kehamilan.Bagi anda yang bercadang untuk menunda kehamilan, anda perlu memilih cara yang sihat dan selamat untuk mewujudkan perkara tersebut.Berikut ini beberapa tips yang boleh anda dan suami praktikkan:
Cara yang paling selamat dan dijamin seratus peratus keberhasilannya dalam menunda kehamilan adalah dengan tidak melakukan hubungan seks. Pertemuan sel sperma dan sel telur yang menyebabkan pembuahan (kehamilan) tidak akan terjadi selagi anda dan pasangan tidak melakukan hubungan seks. Namun, anda dan suami masih boleh ‘ringan-ringan’!
Gunakan Alat Pencegah Kehamilan
Alat pencegah kehamilan merupakan salah satu alternatif dalam mencegah kehamilan. Ada beberapa jenis alat pencegah kehamilan yang boleh digunakan seperti kondom, pil perancang, suntikan,IUD dan implant. Alat pencegah kehamilan tersebut dijamin selamat digunakan kerana sudah memiliki standard kesihatan.
Pilihlah tanggal atau tarikh tertentu ketika anda mahu melakukan hubungan seks. Pastikan berada di dalam tarikh atau masa yang tidak subur untuk melakukannya.Anda boleh meminta bantuan doktor sakit puan untuk mengira waktu subur dan tidak subur anda. Namun, penggunaan kalender ini tidak dijamin seratus peratus mencegah kehamilan!
Keluarkan Penis Sebelum Ejakulasi
Menarik penis dari vagina sebelum si suami ejakulasi, bukanlah cara yang tepat untuk mencegah kehamilan. Menurut sumber yang diambil dari Teen Advisor website, hanya 81 hingga 96 peratus sahaja yang berhasil melalui teori tersebut. Namun, tidak dinafikan ramai wanita yang berfikir bahawa jika suami mengeluarkan penis sebelum ejakulasi, sperma tidak akan mampu membuahi telur.
Perhatikan Posisi Ketika Melakukan Hubungan Seks
Untuk mencegah pertemuan sperma dan sel telur, cuba lakukan hubungan intim tersebut dengan posisi tertentu, seperti posisi berdiri. Namun, teknik ini masih belum boleh dipercayai seratus peratus keberhasilannya.
Sebahagian masyarakat mempercayai bahawa ramuan herba seperti daun sirih,daun inai dan kunyit boleh membantu menunda kehamilan. Ramuan herba ini tidak menyebabkan anda susah hamil secara kekal. Ini bermakna, jika anda berniat untuk mengandung, hentikan pengambilan makanan tersebut dan lakukan hubungan seks pada masa subur.
No Comment