Cara Mencegah Menjadi Mangsa Cuaca Panas Di Malaysia
Kredit Foto:huffingtonpost
Tahukah anda, kini berlaku fenomena cuaca panas di Malaysia? Apakah langkah anda menghadapi keadaan cuaca super panas ini?
Cuaca panas di Malaysia kini kian melampau dan telah mengakibatkan jerebu, dan semakin ramai pula masyarakat yang di luar sana membuat pembakaran terbuka dengan alasan ingin meratakan tanah untuk menanam tumbuhan lain.
Ini menambahkan lagi keburukan sekaligus membuatkan awan tidak dapat memproses hujan. Maka itu, cuaca panas mungkin berlanjutan dan membuatkan takungan air besar semakin mengering. Sudah semestinya akan ada kesan sampingan akibat cuaca panas melampau.
Cuaca panas yang melanda Malaysia pastinya memberikantekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.
Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas.Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
- Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
- Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
- Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
- Penghidap penyakit sistem pernafasan.
- Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.
Gejala cuaca panas melampau adalah :
1. Sakit kepala
2. Keletihan
3. Lemah tumpuan
4. Pening
5. Lemah otot–otot atau kekejangan
6. Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
Yang Perlu Anda Lakukan:
-> Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
-> Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
-> Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
-> Hadkan aktiviti luar
-> Kerap berehat
-> Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
-> Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
-> Pakai topi atau payung yang besar
Yang Perlu Dielakkan:
- Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
- Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
- Bersenam dalam cuaca panas.
Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;
-> Keluar dari kawasan yang panas
-> Tanggalkan pakaian yang ketat
-> Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
-> Gunakan kipas untuk sejukkan badan
-> Minum air setiap 15 minit
-> Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Sedikit info yang wajib dijadikan amalan mengelak jangkitan penyakit sepanjang cuaca panas di Malaysia.Hargai nyawa sebelum segalanya sudah terlambat!
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya!
<<Nak tahu Mengenai Bahaya Merokok, klik di sini..
1 Comment
[…] 1. Minum air putih dengan lebih banyak […]