Tips Gaya Hidup Sihat
Dengan langkah sederhana, namun konsisten anda boleh menikmati gaya hidup sihat.
Malahan, tubuh anda juga turut sihat! Gaya hidup sihat itu datangnya daripada diri anda sendiri. Dengan melakukan sesuatu yang bermanfaat, anda akan memperoleh hasil yang juga baik.
Untuk itu, jangan berlengah lagi. Jom, mulakan dan membiasakan diri anda untuk memulakannya.Tinggalkan segala kebiasaan yang buruk dan biasakan untuk sesuatu yang menyihatkan. Secara tidak langsung, gaya hidup sihat anda akan tercipta. Malahan, pada setiap hari juga anda akan menjalani kehidupan yang lebih membahagiakan.
Berikut beberapa langkah mudah gaya hidup sihat yang boleh anda praktik dalam kehidupan seharian.
1. Bangun Awal
Anda disarankan untuk bangun awal pagi. Ketika udara masih segar dan nyaman, elok jika anda menikmatinya. Bangun pagi juga akan memberikan manfaat waktu yang lebih panjang. Anda boleh menyiapkan segala sesuatu pada pagi hari. Misalnya, memasak, mengemas rumah, bersenam dan sebagainya. Lagipun bersenam tidak wajar anda lupakan pada setiap hari. Biar sesibuk mana pun, cuba luangkan waktu untuknya. Paling kurang, seminggu sekali. Anda boleh berjogging, berbasikal,berenang dan sebagainya.
Jika tidak mahu liat bangun pagi, ada baiknya anda masuk tidur lebih awal. Lagipun berjaga atau tidur terlalu lambat akan membuatkan tubuh menjadi tidak segar di pagi hari. Lagipun kurang tidur akan membuatkan tubuh menjadi seperti tidak bermaya, masih mengantuk dan boleh membuatkan mood anda menjadi kurang menyenangkan. Dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi pada setiap hari. Tubuh dewasa memerlukan rehat sebanyak 6-7 jam pada setiap hari.
3. Menjaga Kebersihan Diri
Menjaga kebersihan diri atau ‘hygiene’ sangat penting dilakukan pada setiap hari. Sebaiknya mandi dua kali sehari, pagi dan petang. Bertukar pakaian pada setiap hari. Bahkan biasakan mencuci tangan dengan sabun sebelum dan setelah melakukan sesuatu. Anda juga perlu menjaga kebersihan di setiap inci bahagian tubuh termasuk kuku kaki dan tangan, rambut, gigi, mulut dan sebagainya.
4. Hindari Apa Sahaja Yang Merosakkan Tubuh
Kebiasaan merokok atau meminum minuman keras boleh menyebabkan penurunan fungsi organ tubuh. Pelbagai jenis penyakit bakal merayap dalam senyap, contohnya penyakit kanser, jantung dan paru-paru. Jadi, sebab itulah anda perlu menghindari rokok ataupun minuman keras.
Tubuh memerlukan pengambilan zat yang sesuai dengan keadaan tubuh. Apabila anda makan melebihi keperluaan zat, ia boleh menyebabkan obesity. Jika kurang daripada jumlah zat yang diperlukan, mengundang pelbagai penyakit pula. Sebaiknya, dalam sehari makan tiga kali dengan pengambilan zat yang mencukupi.
Perbanyakkan pengambilan buah-buahan seperti betik, mangga, tembikai dan melon. Di dalamnya terdapat pelbagai vitamin, antioksidan dan zat yang lain. Begitu juga dengan sayur-sayuran. Bayam, kangkung,brokoli elok dimakan pada setiap hari.
Minuman berkarbonat atau bersoda mengandungi kadar gula yang sangat tinggi. Apabila terlalu kerap meminumnya, ia akan meningkatkan risiko anda untuk mengalami obesiti.
7. Belajar Untuk Selalu Bersyukur
Selalulah belajar untuk mengucap kata syukur allhamdulilah. Selain itu, jangan upa untuk beribadah. Kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga dan anak-anak merupakan nikmat yang telah Tuhan berikan kepada anda. Menunaikan ibadah yang ditetapkan merupakan salah satu cara dalam mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan-Nya.
Kredit foto: sekadar gambar hiasan
<< Ketahui khasiat putih telur untuk anda kelihatan cantik dan sihat di sini.
No Comment