ProblemSihat

Jauhi Makanan Ini Jika Tak Mahu Gigi Anda Terus Rosak!

Gigi Rosak - woman online magazine

Kredit : prevention

Mempunyai senyuman yang cantik berseri sebenarnya tidaklah sesukar mana, asalkan anda pandai menjaga kebersihan dan kecantikan pada gigi anda.

Bagaima caranya anda menjaga kesihatan gigi supaya gigi dan mulut anda sentias sihat? Untuk mendapatkan gigi dan mulut tetap sihat, ada beberapa perkara yang perlu anda jaga atau hindari. Misalnya, jauhi makanan yang boleh merosakkan kesihatan gigi sedangkan ada di antara makanan dan minuman tersebut punya banyak manfaatnya untuk kesihatan

Berikut beberapa jenis makanan yang perlu anda jauhi kerana boleh merosakkan gigi. Antaranya:

  1. Buah-Buahan Asam

Buah-buahan yang memiliki PH yang bersifat rendah atau asid. Kandungan asam inilah yang akan meninggalkan kesan buruk terhadap kerosakan gigi iaitu boleh menyebabkan rasa ngilu dan sensitif pada lapisan terluar gigi (email). Jeruk,buah anggur, strawberi dan nanas adalah contoh buah-buahan yang memiliki sifat asid cukup tinggi.

  1. Minuman Berkarbonat

Minuman berkarbonat, terutama yang ada tulisan ‘diet'  atau rendah kandungan gula sering menjadi tarikan pembeli, terutama mereka yang memperhatikan jumlah gula dan kalori. Biarpun dikatakan tidak mengandungi kadar gula tinggi, tetapi minuman berkarbonat jenis ini memiliki kadar asid yang tinggi. Asid ini boleh merosakkan lapisan luar gigi.Selepas habis meminumnya, anda disarankan untuk berkumur.

  1. Ais Batu

Adakah anda tergolong dalam kategori mereka yang suka mengunyah ais batu? Kebanyakan orang gemar mengunyah ais  batu.Kebiasaan ini boleh mengikis lapisan luar gigi dan menyebabkan gigi retak tanpa disedari. Mulai hari ini, ubat tabiat ini ya!

  1. Kopi

Minuman pagi yang menjadi kegemaran ramai ini sebenarnya mengandungi kadar asid yang cukup tinggi apabila anda kurang memperhatikan cara dan jumlah pengambilannya yang tepat. Tanpa anda sedari ia akan memberikan efek buruk sehingga gigi anda menjadi rosak.

  1. Gula-Gula/Makanan Manis

Gula-gula adalah media utama perosak gigi terutama pada kanak-kanak dan juga orang dewasa.Bakteria di dalam mulut sangat menyukai makanan yang manis-manis. Bakteria ini akan memakan sisa gula daripada gula-gula yang melekat di celahan gigi yang belum diberus, lalu melalui suatu proses kimia akan menghasilkan zat asid yang menyerang enamel selama 20 minit setelah anda menghisap gula-gula tersebut. Jika perkara ini berlarutan maka gigi anda akan mudah diserang oleh bakteria jahat.

<< Ketahui penyebab utama gigi anda berlubang di sini.

 

 

 

Previous post

Resepi Kek Lumut Sarawak

Next post

5 Sebab Tak ‘Best’ Bila Anda Berpayudara Besar

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *