5 Kesan Buruk Stress Yang Boleh Jejaskan Anda
Kredit Foto: stlukesblogs
Kesan Stress. Masalah stress bukan sahaja menganggu fungsi fizikal dan mental seseorang, bahkan kesan stress juga boleh mengganggu kehidupan seksual seseorang.
Ketika gangguan stress terjadi, anda bukan hanya tak ada mood, tetapi tubuh anda juga terpaksa menanggung beban stress yang cukup menekankan.Ramai yang berasa stress kerana mengalami pelbagai masalah seperti masalah di tempat kerja, masalah perhubungan dengan pasangan dan sebagainya.Apa yang pasti, stress boleh mempengaruhi emosi dan fizikal seseorang.
Berikut beberapa kesan stress pada tubuh yang patut anda ketahui:
Biasanya seseorang yang mengalami stress akan mengalami keletihan dan ianya akan kelihatan diwajahnya. Kesan stress tersebut juga akan menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala dan terasa seperti hendak pitam.
Jika anda mengalami peluh yang berlebihan, itu tandanya tidak baik. Ianya berkaitan dengan stress yang dialami. Seseorang yang mengalami stres akan mengeluarkan peluh yang berlebih dan mempengaruhi denyutan jantung.Kesan stress akan membuatkan jantung anda berdegup dengan lebih cepat.Manakala kaki dan tangannya akan berasa kebas.
Baca Juga: Cara Menghilangkan Bau Badan
Ternyata kesan stress boleh menyebabkan seseorang itu sakit-sakit badan, lenguh otot serta kejang. Otot-otot cenderung akan menjadi kaku ketika andasedang stres. Untuk mengurangi stress, sebaiknya anda melakukan senaman secara teratur.
Kesan stress juga boleh menyebabkan kedutan pada kulit tubuh seseorang.Ini adalah kerana ketika stress tubuh akan menghasilkan hormon adrenalin yang kemudian menimbulkan jerawat. Situasi ini juga akan memperlambatkan pengeluaran kolagen di dalam tubuh.
Rambut rosak atau rambut jadi semakin menipisnya rambut boleh disebabkan oleh kesan stress pada tubuh.Jadi, anda perlu berlatih untuk mengurangkan dan menghilangkan stress di dalam diri anda.
Jangan lupa SHARE artikel ini.
<< Ketahui kebaikan senaman pagi yang boleh memecahkan lemak anda di sini.
No Comment