ProblemSihat

Ketahui Penyebab Rasa Pening Seperti Hendak Pitam

Tekanan Darah Rendah - women online magazine

Pernahkah anda rasa hendak pitam atau pening ketika bangun setelah duduk lama atau selepas menundukkan kepala?

Anda mungkin tertanya-tanya mengapa keadaan tersebut terjadi dan pernahkah terfikir bahawa anda mempunyai masalah kesihatan? Lazimnya apabila situasi tersebut berlaku, sebahagian daripada anda mengabaikannya dan menganggap ia sebagai sakit pening biasa atau masalah dehidrasi. Tetapi tahukah anda, perkara yang dianggap sesuatu yang biasa itulah kadang kala mampu mengundang risiko di luar jangkaan.

Ini kerana senario di mana anda terasa hendak pitam atau pening ketika hendak bangun setelah duduk terlalu lama atau selepas menundukkan kepala menandakan tekanan darah ketika itu adalah rendah. Tekanan darah rendah atau hipotensi adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi.

Tekanan darah rendah boleh berlaku terhadap sesiapa tetapi risiko lebih tinggi kepada mereka yang lebih berusia, pengambil ubatan tertentu dan penghidap penyakit tertentu seperti parkinson, diabetes dan lemah jantung.

Simptom tekanan darah rendah

  • Pening atau pitam
  • Pengsan
  • Penumpuan kelam
  • Penglihatan kabur
  • Loya
  • Kulit dingin
  • Pucat dan lembap
  • Pernafasan pendek dan cepat
  • Keletihan dan dahaga

Cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah: Secara umum, tekanan darah rendah dapat diatasi dengan membuat perubahan tertentu dalam gaya hidup anda dan makanan yang kebiasaan dimakan.

1. Minum banyak air

Jika anda pening kerana dehidrasi, adalah sangat penting untuk anda menghidratkan diri semula dengan minum banyak air kerana jumlah cairan yang meningkat akan meningkatkan jumlah darah, sekaligus meningkatkan tekanan darah. Minuman bertenaga seperti 100 plus, Revive disarankan kerana ia dapat membekalkan tubuh dengan natrium dan kalium, yang akan membantu meningkatkan tekanan darah dengan cepat.

2. Meningkatkan pengambilan garam

Kebanyakan orang membataskan pengambilan garam kerana takut terkena tekanan darah tinggi, namun sebaliknya tindakan tersebut menyebabkan anda diserang tekanan darah rendah. Dalam kes tersebut, pengambilan garam dalam makanan harus ditingkatkan. Namun begitu jangan pula terlalu berlebihan, kerana terlalu banyak garam juga sangat berbahaya.

3. Banyak makan makanan kecil

Tekanan darah rendah setelah makan boleh dicegah dengan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil yang rendah karbohidrat namun haruslah kerap dimakan. Hal ini kerana selepas makan, lebih banyak darah akan dihantar ke saluran pencernaan untuk proses pencernaan, sehingga boleh mengakibatkan tekanan darah rendah. Anda juga disarankan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang bertepung seperti kentang, pasta, dan makanan yang dipanggang.

 4. Mengenakan stokin

Mengenakan stokin elastis membantu meningkatkan tekanan darah seseorang dengan mencegah pengumpulan darah di kaki atau bahagian bawah, Malah ia juga meningkatkan peredaran darah dalam tubuh.

5. Meninggikan posisi kepala

Sewaktu tidur,anda disarankan untuk menggunakan bantal untuk menyokong kepala di posisi yang tinggi. Tindakan ini membantu melawan graviti dan mencegah darah terlalu banyak turun dari kepala. Hal ini akan membantu mengurangkan rasa pening ketika bangun di pagi hari.

6. Bangun secara perlahan Jika anda merasa pening ketika bangun dari posisi istirahat seperti tidur ataupun duduk,anda sebenarnya menderita hipotensi ortostatik. Perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah kembali ke posisi itu dengan cara yang sama sehingga anda berasa lebih baik. Anda juga harus selalu bangkit perlahan-lahan dari posisi istirahat anda, terutamanya ketika bangun tidur di pagi hari. Selain itu, hindari berdiri terlalu lama di satu posisi atau mengubah posisi secara tiba-tiba.

7. Minum jus segar Minum jus segar setiap hari untuk meningkatkan tekanan darah Anda. Minum dua kali sehari selama hampir satu minggu. Jus lobak segar atau jus delima dipercayai sangat membantu.

8. Makan kismis dan badam Rendam segenggam kismis selama satu malam dan dimakan setelah bangun tidur. Pastikan anda mengunyah kismis tersebut dengan baik. Air bekas rendamannya juga haruslah diminum. Anda juga boleh mencuba cara lain seperti mencampurkan badam dengan susu hangat, kemudian rendam badam tersebut semalaman, kupas kulit matinya dan dihaluskan dengan menggunakan pengisar . Akhir sekali campurkan dengan susu hangat dan minum.

Kesimpulan: Tekanan darah rendah ini juga sering terjadi kepada wanita-wanita hamil kerana hormon kehamilan iaitu progesteron merehatkan dinding salur darah dan menyebabkan tekanan darah menurun dan tekanan darah biasanya kembali normal selepas bersalin. Jadi, sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan dan sebelum mencuba sebarang ubat, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk mengetahui tahap kesihatan anda, kerana ubat berbeza-beza mengikut penyebab utama tekanan darah rendah ini.

Kredit foto: hayleyhobsonblog

<< Ketahui macam mana nak redakan kesakitan ulser mulut. Baca di sini.

Previous post

Nak Cantik Suntik Saja Vitamin C. Tapi, Fikir Dulu! Ada Bahaya Menanti

Next post

6 Tabiat Buruk Yang Boleh Buat Rambut Anda Banyak Gugur

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. adhar
    June 25, 2016 at 9:12 pm — Reply

    thanks atas info yang berguna ini

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *