DietSihat

Langsing Dengan Pil Kurus!

pil kurus - women online magazine

Wanita dan kecantikan bagai isi dengan kuku. Tanyalah mana-mana wanita, tiada seorang pun menginginkan badan yang gemuk!

Jika boleh semuanya mahukan tubuh badan yang langsing persis tubuh supermodel.Justeru itu,keinginan mendapatkan tubuh langsing dan menawan tanpa mempedulikan kesan sampingan terhadap kesihatan menyebabkan ada di antara mereka yang cuba mengambil jalan singkat untuk mengurangkan berat badan dengan mengambil pil kurus.

Hakikatnya,kurus atau langsing bukan perkara mudah yang mampu diraih dalam tempoh singkat dan hanya bergantung kepada pil kurus.Sebaliknya,untuk mendapatkn tubuh badan yang langsing,ia mestilah mempunyai gabungan pengambilan diet yang terjaga, dan juga senaman yang kerap.

Bahan-bahan yang terdapat di dalam pil kurus seperti phentermine, amphetamine, sibutramin, fenfluramine diakui memang boleh mengurangkan berat badan tetapi ia juga memberi kesan sampingan kepada kesihatan pengamalnya.

Kesan utama makan pil kurus

  • Kemurungan
  • Psikosis dan halusinasi
  • Risiko tekanan darah tinggi
  • Sakit jantung
  • Sakit kepala
  • Denyutan jantung yang cepat
  • Meningkatkan tekanan darah

Jenis Pil Kurus & Kesan Sampingannya

Orlistat (Xenical)

Pil ini digunakan untuk merawat masalah obesiti. Ubat ini berfungsi sebagai perencat enzim lipase yang dihasilkan oleh perut dan pankreas. Pengambilan ubat ini secara berterusan akan menyebabkan berat badan berkurangan. Namun, jika pengambilannya tidak dikawal akan menyebabkan masalah kepada sistem pencernaan, iaitu kekerapan membuang air besar,kehadiran lemak dalam najis dan mengurangkan tahap kemampuan menahan seseorang daripada membuang air besar. Pengambilan Orlistat juga menganggu penyerapan Vitamin A, D, E dan K serta beta karotene.

  1. Rimonabant

Pil ini juga digunakan untuk merawat masalah obesiti. Fungsinya adalah ia menghalang reseptor cannabinoid – 1 (CB1) yang terletak dalam otak, tisu lemak, sistem penghadaman, hati dan otot. Dengan menghalang pengaktifan reseptor ini, ia akan mengurangkan selera makan,mengawal rasa lapar dan mengelakkan penghasilan lemak dalam tubuh.Kesan sampingan pengambilan rimonabant ini adalah individu itu akan merasa mual, muntah-muntah, pening kepala, paras gula dalam darah rendah dan keletihan.

  1. Sibutramine (Meridia)

Pil ini bertindak menghalang pengambilan  semula serotonin, norepinephrine dan dipamine dari pusat saraf selain mengelakkan individu makan secara berlebihan dengan menyekat selera makan melalui pengawalan sistem saraf.Pengambilan  sibutramine yang berterusan akan meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

  1. Diethylpropion dan Phentermine

Meningkatkan tekanan darah dan denyutan jantung, sukar tidur dan pening.

Lain-Lain Efek Sampingan

Kesan sampingan lain jika mengambil pil kurus secara berterusan adalah kerosakan buah pinggang dalam tempoh beberapa minggu selain mengakibatkan darah tinggi, hipertensi, degupan jantung kencang, imsomnia dan kematian mengejut.

Antara produk yang mengandungi bahan beracun yang ditarik balik pendaftarannya di pasaran ialah Amberine Capsule, Phyto-Hape, Phyto Shape,Bodybeaus, Senna Plus Capsule, Bionex, Slimway Herbs Dan Bm1-9 Xylimming Capsule.

Cara mengurangkan berat badan yang betul dan selamat

  • Menjaga pemakanan.
  • Senaman.
  • Mengamalkan diet yang seimbang.

Kredit foto: galinabella

<<Dapatkan tips diet yang berkesan untuk mendapatkan tubuh yang langsing di sini

Previous post

Dua Resepi Lazat Cendawan Tiram

Next post

Usaha Murni Nippon Paint Pamerkan Bakat Seni Kanak-Kanak Dari Tiga Buah Rumah Kebajikan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *