Tips Mengatasi Masalah Vagina Kering
Hubungan intim di antara suami isteri yang rutin, normal dan penuh nikmat adalah keperluan paling utama dalam kehidupan rumahtangga.Kenikmatan yang diperoleh oleh anda suami isteri, tidak terlepas daripada memiliki alat kemaluan wanita (vagina) yang ketat, rapat dan menggigit!
Semua lelaki mahu kemaluan wanita atau vagina pasangannya sentiasa ketat, rapat dan menggigit. Namun, hakikatnya kemaluan wanita itu tidak selalunya ketat dan rapat seperti anak dara di awal-awal perkahwinan. Apatah lagi bagi wanita yang sudah melahirkan anak secara normal lebih daripada lima kali.
Vagina kering adalah masalah umum yang dialmai oleh kaum wanita, terutama oleh mereka yang pra dan sudah menopause. Vagina kering terjadi akibat kurangnya cecair dalam vagina dan boleh menyebabkan disfungsi seksual. Malah kemaluan wanita kering atau vagina kering ini sering dialami wanita berusia 40-59 tahun, namun ia boleh juga terjadi kepada wanita muda.
Kemaluan wanita kering terjadi di mana keadaan dinding vagina menipis, kering dan kurang elastik akibat kekurangan hormon estrogen. Salah satu cara mengatasi kemaluan wanita kering adalah dengan mempertahankan gerak kerja hormon estrogen tetap stabil dalam tubuh. Hormon ini bertanggungjawab terhadap kesihatan kemaluan wanita.
Penyebab Kemaluan Wanita @ Vagina Kering
- Penurunan kadar hormone estrogen ketika memasuki masa perimenopause atau menopause.
- Stress tinggi (sering terjadi pada wanita yang lepas bersalin).
- Adanya penyakit di vagina dan sekitarnya, misalnya infeksi, penyakit sel imun menyerang kelenjar eksokrin yang memproduksi air mata dan liur dan menyebabkan kekeringan di vagina.
- Ubat anti estrogen yang mengubati kanser payudara juga boleh menyebabkan vagina menjadi kering.
Cara Mengatasi Kemaluan Wanita Atau Vagina Kering
Jika anda mengalami perkara ini, dapatkan nasihat doktor.Untuk sementara waktu, anda boleh lakukan beberapa tips:
- Banyak minum air masak, minimum 8 gelas per hari.
- Hindari sabun,pembersih vagina dan detergen yang dapat mengiritasi daerah selaput lendir (mukosa) vagina. Pilih yang non-kimia.
- Diet seimbang antara lemak dan karbohidrat, agar gerak kerja hormone estrogen mencukupi.
- Minum multivitamin dan suplemen mineral.
- Pemakaian pelincir vagina. Sapukan di kawasan mukosa vagina yang sensitif dan boleh dipakai dalam jangka waktu lama.
- Pengambilan makanan herba yang mengandung ‘isoflavon' untuk mengatasi ketidakseimbangan hormon.
- Rajinlah merawat atau menjaga kebersihan vagina.
Berikut Gejala Kemaluan Wanita Atau Vagina Kering:
1. Timbul rasa gatal di sekitar lubang kemaluan wanita dan bahagian bawahnya.
2. Muncul rasa sakit di kawasan tersebut.
3. Frekuensi untuk membuang air kecil semakin meningkat.
4. Jangkitan saluran kencing.
5. Berasa tidak selesa dan panas.
6. Rasa perit dan mengalami pendarahan ketika melakukan hubungan seks.
Info Ekstra!
Kemaluan wanita atau vagina kering juga bioleh disebabkan kerana organ tersebut jarang atau atau tidak pernah digunakan untuk aktiviti seksual bersama pasangan. Ketika sedang teransang., darah akan mengalir lebih banyak ke organ tersebut menyebabkan kemaluan wanita menjadi basah. Di samping itu, vagina kering ketika melakukan hubungan seks juga boleh menunjukkan pihak wanita tidak cukup terangsang. Oleh sebab itulah, diperlukan ‘foreplay' yang lebih lama.
Kredit foto: therealkenjones
<< Ketahui penyebab mengapa wanita perlu memakai bra ataupun coli di sini.
No Comment