6 Tips Sembuhkan Sakit Sendi Lutut
Kredit Foto: brighamandwomens
Sakit Sendi Lutut. Anda pernah mengalami sakit sendi lutut? Hampir setiap orang pernah mengalami masalah ini.
Lutut merupakan salah satu sendi tubuh yang mudah ‘sakit’. Adakah masalah sakit sendi lutut ini sering mengganggu rutin harian anda? Jangan ambil mudah kerana ia mungkin boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius.
Sakit sendi lutut atau osteoartristis merujuk pada kesakitan yang berlaku di dalam dan sekitar sendi lutut anda. Punca sakit sendi lutut berpunca dari masalah dengan sendi lutut itu sendiri, atau dipengaruhi oleh keadaan rangkaian perisian, pengapuran sendi lutut, penyakit radang sendi lutut atau tendon yang mengelilingi lutut.
Baca Juga: Makanan Sumber Kalsium
Permasalahan sendi bukan sahaja terjadi pada golongan berusia, malah di usia yang muda juga. Setiap penderita sakit sendi lutut boleh jadi berbeza-beza penyebab dan cara penyembuhannnya.
Jom kongsi tips meredakan sakit sendi lutut
1. Rehatkan sendi lutut. Apabila mengalami sakit sendi lutut sebaiknya rehatkan lutut sebanyak mungkin. Contohnya 12 jam hingga 24 jam. Jangan memaksa menggunakannya kerana ini akan merosakkan lagi dalaman sendi lutut.
2. Kasut juga membawa peranan penting kepada kaki. Memakai kasut yang mempunyai lapisan kusyen tambahan dapat membantu mengurangkan tekanan pada lutut. Untuk pesakit osteoartritis lutut, doktor biasanya mengesyorkan lapik dalaman khas yang boleh didapati di kedai kasut khusus.
3. Jangan pandang remeh pada berat badan. Jika mengalami peningkatan berat badan, segera menurunkannya menerusi senaman dan pengambilan makanan seimbang. Ini akan membantu mengurangkan tekanan pada lutut. Tidak perlu sehingga mencapai berat badan ideal. Cukup sekadar untuk tubuh yang lebih sihat.
4. Rawatan akupunktur juga boleh membantu. Teknik perawatan tradisional Cina ini menggunakan tusukan jarum halus pada beberapa titik tumpuan tubuh yang dikenal pasti membantu mengurangkan pelbagai jenis kesakitan.
Baca Juga: Manfaat Berjalan Kaki
5. Jangan malu menggunakan tongkat ketika berjalan. Berjalan dengan tongkat membantu mengurangkan tekanan pada lutut.
6. Tuam lutut anda dengan beberapa ketulan ais yang sudah dibalut dengan tuala kecil, 10 hingga 20 minit setelah melakukan aktiviti. Ia dapat mengurangkan rasa sakit sendi serta mempercepatkan penyembuhan.
Info Ekstra !
4 makanan yang sesuai untuk pesakit sakit sendi lutut
1. Soya. Ia kaya dengan isoflavine dan anti-radang. Pastikan minuman atau makanan soya yang anda pilih adalah bebas bahan kimia. Contoh makanan berasaskan soya termasuk lah tempe, kicap dan kacang soya itu sendiri.
2. Vitamin C merupakan sumber terbaik untuk anti-oksidan dan mengelak osteoarthritis. Contoh makanan Vitamin C termasuk lah buah mangga, betik, oren dan kiwi.
3. Minyak ikan mengandungi Omega yang melegakan sakit sendi dan kebas yang disebabkan oleh rheumatoid arthritis. Asid lemak omega-3 dalam ikan juga melindungi tulang rawan daripada haus.
4. Kunyit, jintan, kulit kayu manis dan bawang putih mempunyai bahan anti-radang yang membantu mengurangkan sakit sendi.
<< Tumit kaki anda kasar, merekah dan pecah-pecah? Ketahui cara mengatasinya di sini.
No Comment