ProblemSihat

Harus Cuba! Cara Paling Senang & Berkesan Mengatasi Lenguh Kaki

Lenguh Kaki - Women Online Magazine

Foto: media2

Setiap orang pasti pernah rasa lenguh-lenguh di kaki. Biasanya lenguh kaki disebabkan terlalu banyak kerja,melakukan aktiviti tanpa henti,kurang tidur,kurang zat, terdapat darah tersumbat dan sebagainya.

Selain itu, penyebab paling umum dari kaki lenguh atau kaki yang sakit adalah berpunca dari perjalanan darah yang tidak lancar di bahagian arteri kaki. Penyebab lain, mungkin juga kerana otot kaki tegang dan otot betis pula meregang secara berlebihan. Berdiri terlalu lama membuatkan tekanan tertumpu pada otot-otot di belakang kaki, terutama apabila anda memakai kasut tumit tinggi.

Akhirnya efeknya lenguh kaki anda akan menjadi semakin terasa.

 

Jadi, apakah cara terbaik untuk mengatasi masalah lenguh kaki  ini? WOM.my berkongsi tips agar rasa lenguh-lenguh di kaki anda akan hilang dan paling penting, tips ini anda boleh melakukannya sendiri di rumah mengikut kemampuan anda.

Berikut cara menghilangkan lenguh di kaki:

  • Anda dapat memulakannya dengan memicit-micit atau mengurut-urut betis untuk membantu melancarkan kembali peredaran darah. Gunakan body lotion, body oil atau minyak urut agar lebih mudah mengurutnya.
  • Ambil semangkuk air suam air.Tambahkan satu senduk garam biasa ataupun garam bukit ke dalam air. Rendam kaki anda selama 15-20 minit.
  • Jika kesakitan tersebut sangat mencengkam seperti kebas lakukan gerakan seperti menggali dengan jari anda pada bahagian yang sakit. Kemudian tahan selama 15-20 saat. Setelah kesakitan sedikit lega,  regangkan otot-otot kaki anda secara perlahan.
  • Ada beberapa campuran minuman yang dapat membantu meredakan rasa sakit dan lenguh dirasakan itu. Cuba minum campuran madu dan jus lemon dalam secawan air suam atau anda juga boleh mencuba satu sudu makan minyak ikan dengan segelas jus limau sebelum tidur.
  • Gunakan ais yang telah dibungkus dalam plastik dan bungkus dengan tuala, kemudian tuam pada sendi serta mengelilingi lutut 10-15 minit. Pastikan kaki anda berada dalam kedudukan di tempat yang lebih tinggi.
  • Tidurlah dengan kedudukan kaki yang lebih tinggi. Gunakan bantal untuk menopang kaki anda. Darah akan mengalir dan tidak berkumpul di bahagian kaki.

<< Ketahui cara mudah mengatasi bau kaki yang menyengat di sini.

Info Ekstra

Pastikan kaki anda mendapatkan rehat yang secukupnya agar tidak kepenatan. Hindari penggunaan kasut tumit tinggi ketika kaki anda berasa lenguh. Jika terpaksa memakainya, gunakan kasut bertumit rendah. Di samping itu,sebelum memulakan aktiviti seharian, anda disarankan melakukan peregangan terlebih dahulu agar otot-otot tubuh tidak ‘terkejut’.

 

 

 

Previous post

Ketahui Penyebab Keputihan Ketika Hamil & Cara Terbaik Merawatnya

Next post

Tampil Penuh Gaya Dengan Lace, Koleksi Terkini Daripada Duchess & Co

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. June 2, 2017 at 8:22 am — Reply

    Info yang berguna. Untuk mereka yang selalu lenguh kaki boleh amalkan ostematrix. Pasti tidak lenguh lagi selepas ini.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *