5 Sebab Tak ‘Best’ Bila Anda Berpayudara Besar
Kredit : huffpost
Payu dara merupakan salah satu aset wanita yang sangat berharga. Mempunyai payu dara besar tentunya menjadi kebanggaan bagi sesetengah kaum wanita. Ini adalah kerana payu dara besar mampu mempercantikkan penampilan mereka sehingga membuatkan ramai lelaki terpesona padanya.
Sungguhpun begitu, ada juga wanita yang berasa tidak selesa dengan bentuk payu daranya yang besar. Apatah lagi, jika bukan hanya payu daranya sahaja yang besar, malah saiz tubuhnya juga besar.
Berikut adalah beberapa perkara yang dirasakan tidak selesa oleh sebahagian wanita yang memiliki payu dara besar.
Penampilan fizikal yang dimiliki oleh seorang wanita boleh mempengaruhi keyakinan dirinya. Salah satu menampilan fizikal yang mampu menarik perhatian ramai ramai adalah disebabkan dengan memiliki payu dara besar.Anda yang mempunyai payu dara besar memang sukar untuk menyembunyikan aset tersebut sehingga apa sahaja yang anda pakai pasti nampak seksi dan seperti mahu menggoda, padahal anda tidak berniat sedemikian.Situasi seperti ini sudah pasti akan merimaskan anda sehingga keyakinan diri anda yang berpayu dara besar jadi menurun.
Biasanya pakaian jenama terkenal telah merancang pakaian atau busana untuk tubuh wanita yang ideal. Ini bermakna gaya potongan gaun atau dress yang dihasilkan sesuai buat wanita bertubuh langsing dengan ukuran dadanya yang normal. Ini bermakna anda yang berpayu dara besar tidak sesuai untuk memakainya. Contohnya, gaun ‘backless’ atau ‘strapless’, ia memang tidak sesuai buat anda, yang mana pada akhirnya anda akan memilih gaun jenis ‘V-neck’ lagi dan lagi!
Dalam sebuah kajian yang dilakukandi University of Vienna, menyatakan bahawa 20 peratus wanita berpayu dara kurang sensitif jika dibandingkan dengan mereka yang berpayudara kecil. Ini adalah kerana pada payu dara kecil, saraf yang mentransformasikan sensasi dari puting lebih merenggang.Selain itu, payu dara besar memiliki lebih banyak jaringan lemak berbanidng jaringan kelenjar (bahagian paling sensitif dari payu dara), sehingga menyebabkan payudara besar menjadi kurang sensitif.
Wanita berpayu dara besar biasanya mempunyai postur tubuh yang kurang baik kerana tekanan pada bahagian depan tubuh terlalu besar. Payudara yang lebih besar tentunya lebih berat dan menempatkan tekanan pada tubuh. Ini mengubah postur seorang wanita sehingga lehernya tegang dan cenderung lebih mudah mengalami sakit kepala dan belakang.
- Lebih Sukar Mengesan Benjolan Kanser Payudara
Saiz payu dara yang kecil dikatakan lebih mudah untuk mengesan benjolan di bahagian belakang payudara ketika melakukan pemeriksaan payudara sendiri untuk mengesan kanser payudara (SADARI).Ini adalah kerana lapisan yang dilapisi lebih sediki berbanding mereka yang berpayu dara besar.
<< Ketahui cara betul membersihkan payudara di sini.
No Comment