ProblemSihat

Buat Anda Yang Kurang Berselera Untuk Makan, Baca Tips Penambah Nafsu Makan Ini

Penambah Nafsu Makan - Women Online Magazine

Foto: hdwallpapersinn

Makanan sangat penting bagi kita, kerana sumber tenaga yang ada pada badan berasal dari makanan. Tenaga yang ada di dalam tubuh ini hadir kerana berlaku pembakaran karbohidrat, protein dan lemak.Jadi, sebab itulah makanan yang masuk ke dalam tubuh mestilah mencukupi supaya terus berenergi. Namun,ada sebahagian daripada kita yang tidak mempunyai nafsu makan.

Kurangnya nafsu makan juga boleh mengakibatkan pengurangan berat badan kita. Faktor lain berlakunya kurang nafsu makan ini mungkin disebabkan demam, keradangan, influenza, serta malaria.Untuk mengatasi kekurangan nafsu makan, anda boleh mengambil suplement vitamin sebagai peningkat nafsu makan, namun adalah lebih baik jika anda mengambil cara-cara yang semulajadi.

Tips Penambah Nafsu Makan

Buat ramuan untuk menambah nafsu makan dengan memarut 30 gram temulawak hingga halus, tambah 3 sudu air lalu perah parutan temulawak tersebut. Tambahkan satu sudu gula untuk mendapatkan rasa yang lebih enak. Setelah itu, minumnya 3 kali sehari untuk menambah nafsu makan.

  • Temu Putih

Bahan: 30 gram temu putih dan 2 gelas air.

Cara rawatan: Tumbuk temu putih sehingga lembut dan halus, kemudian masukkan dalam 2 gelas air. Kacau rata, tapis airnya dan minum dua kali sehari.

Lumatkan daun buah betik yang sudah dicuci bersih, lalu tambahkan setengah gelas air dan garam secukup rasa. Selepas itu ramas sehingga keluar airnya dan minumlah air tersebut untuk menambah nafsu makan. Sebaiknya dilakukan pada pagi hari.

  • Daun Kenikir

Bahan: 100 gram daun kenikir.

Cara rawatan: Daun kenikir yang masih segar dicuci bersih, selepas itu jadikan sayur ulam mentah untuk beberapa kali makan.

  • Buah Limau

Buah limau kaya akan vitamin C dan ia terbukti boleh membantu dalam meningkatkan nafsu makan dan juga boleh menjaga daya tahan tubuh seseorang.

Tips Ekstra Penambah Nafsu Makan

  • Ketawa

Mengikut kajian, ketawa boleh menambah nafsu makan seseorang. Kajian ini membuka kemungkinan untuk mencari penyelesaian dalam mengatasi masalah nafsu makan.

Apabila anda tidak hilang nafsu makan kerana kurang suka dengan rasanya, anda boleh menggantikannya dengan makanan kegemaran. Hal ini berkesan untuk mengembalikan nafsu makan, tetapi tidak banyak memberi kesan jika dilakukan dengan kerap.

  • Ubah Penampilan Hidangan

Boleh jadi nafsu makan hilang hanya kerana makanan yang hendak dimakan tidak menarik untuk dilihat. Maka dari itu anda boleh cuba sedikit menggilap gambaran makanan agar kelihatan istimewa dan menarik.

Cuba elakkan dari membiarkan diri anda dibelenggu stress. Ia akan menyebabkan anda moody dan kehilangan nafsu makan. Cuba perbanyakkan aktiviti luar untuk menenangkan fikiran anda. Dengan melakukan hal ini maka anda akan lebih santai sehingga boleh menambah nafsu makan anda.

  • Aktiviti Fizikal

Semua jenis latihan sukan boleh meningkatkan degupan jantung anda dan akan membakar kalori. Ketika tubuh anda sedang mengalami pembakaran kalori, hal tersebut boleh merangsang nafsu makan dan meningkatkan keinginan untuk memakan sesuatu.

  • Elakkan Minum Air Sebelum Makan

Penyelidikan membuktikan bahawa seseorang yang meminum 2 hingga 8 gelas air sebelum makan akan menghilangkan nafsu makan. Ini kerana perut anda telah kenyang dan tidak dapt menerima makanan. Jadi, elakkan ya.

  • Ubatan Kimia Yang Berlebihan

Penggunaan ubat yang mempunyai kimia secara berlebihan menyebabkan nafsu makan terganggu. Jika ia benar0benar menggangu nafsu makan anda, gantikan ia dengan ubat herba serta nutrisi organik yang lain.

  • Vitamin B

Vitamin B di percaya mampu untuk membantu meningkatkan mood yang mungkin berkesan bagi mereka yang kehilangan nafsu makan.

  • Zink

Sesorang kekurangan zink akan kehilangan nafsu makan disebabkan rasa makanan akan berbeza baginya. Jadi, bagi mengelakkan anda mengalami kekurangan nafsu makan, cuba ambil supplement zink untuk mengembalikan nafsu makan anda.

<< Ketahui kehebatan minuman collagen yang mampu mencantikkan kulit anda di sini.

Previous post

Jom Ke Pameran Maritim Dan Udara Antarabangsa Langkawi Lima 2015

Next post

Semak Senarai Barang Yang Dikenakan Gst

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *