ProblemSihat

Ketahui 5 Jenis Makanan Yang Menjadi Penyebab Anda Kerap Diserang Migrain

penyebab migrain - woman online magazine

Kredit : livesuperfoods

Boleh dikatakan hampir semua di antara kita yang pernah merasakan sakit kepala. Salah satu penyakit kepala yang sering menyerang ramai orang adalah migrain.

Biasanya penghidap migrain berusia di antara 10-30 tahun, dan ada juga yang mengalami migraine setelah berusia 40 tahun. Kaum wanita lebih banyak terkena migrain, tiga kali ganda lebih banyak dibandingkan lelaki.Penyebab utamanya adalah perubahan hormon.Migrain adalah satu perkara yang paling menyakitkan bagi sesetengah orang dan terdapat banyak faktor yang menjadi penyebab migrain, antaranya stress, alergi pada bau yang kuat dan lain-lain lagi.

Berikut beberapa makanan yang dipercayai menjadi penyebab migrain yang wajar anda hindari.

  1. Kafein

Kopi,teh, minum berkarbonat dan minuman berenergi termasuk dalam minuman yang mempunyai kafien. Jika anda penggemar kopi, cuba batasi pengambilannya. Jangan minum kopi lebih daripada segelas sehari. Kandungan kafien boleh memancing munculnya migrain dan sakit kepala. Sungguhpun begitu, ada juga menggunakan kafein untuk meredakan sakit kepala. Ternyata kafein boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk meringinkan sakit kepala. Ini bermakna respons tubuh seseorang terhadap kafein berbeza-beza. Jika anda termasuk dalam senarai orang yang sensitif terhadap kafein, sebaiknya hindari makanan/minuman yang mengandungi kafein agar tidak terkena migrain.

  1. Keju Yang Telah Diawetkan

Usia keju mempengaruhi jumlah kandungan ‘tyramine’ yang terbentuk. ‘Tyramine’ merupakan salah satu bentuk protein yang  terdapat pada keju yang telah diawetkan. ‘Tyramine’ adalah zat asid amino yang mengundang munculnya sakit kepala.Beberapa jenis keju yang mengandungi ‘tyramine’, antaranya seperti keju cheddar, keju mozzarella, keju swiss dan keju stilton.

  1. Coklat

Biarpun coklat dikatakan memainkan peranan besar untuk merelakskan tubuh, termasuk mengendurkan saraf-saraf yang tegang. Namun, hakikatnya persenyawaan yang terdapat dalam coklat boleh menyebabkan kontraksi pembuluh darah sehingga munculnya migrain. Coklat juga mengandungi ‘tyramine’, yang boleh menyebabkan migrain.

  1. Makanan Berpenyedap Rasa

Penyedap rasa mengandungi ‘monosodium gulatmat’ yang menjadi penyumbang tersebar yang menyebabkan migrain. Lebih-lebih lagi apabila anda meletakkan penyedap rasa yang berlebihan dalam masakan. Penyedap rasa bukan sahaja menjadi penyebab migrain, malah boleh mengundang pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser dan penyakit buah pinggang. Selain itu, hindari juga makanan dengan kadar garam tinggi kerana makanan ini juga boleh menjadi penyebab migrain.

  1. Pemanis Buatan

Buah-buhan memang bermanfaat, tetapi pilihlah buah-buahan segar yang tidak diolah dan ditambah dengan zat pemanis buatan. Sebahagian besar pemanis buatan, tidak baik untuk tubuh terutama otak. Apabila anda terlalu kerap mengambil makanan atau minuman yang mengandungi pemanis buatan, anda lebih mudah untuk diserang migrain.

Info Esktra!

Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi migrain:

  • Jangan Melambatkan Makan!
  • Jangan Terlalu Banyak Bekerja!
  • Jangan Terlalu Banyak Minum Kafein!
  • Cuba Hindari Cahaya Yang Menyilaukan
  • Dapatkan Tidur Yang Mencukupi
  • Cubalah Untuk Bersenam Secara Teratur

<< Ketahui petua mujarab untuk hilangkan sakit kepala di sini.

Previous post

ASEAN Perlu Laksanakan Prosedur Operasi Standard

Next post

Mesti Cuba! 4 Senaman Mengetatkan Faraj

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *