Ketahui Penyebab Betis Anda Besar
Kredit : bestscreenwallpaper
Mungkin bagi kaum lelaki memiliki betis besar bukan satu masalah. Namun bagi kebanyakan wanita, perkara ini memang boleh menimbulkan masalah!Biasalah… sebagai wanita, sudah pasti anda mahu kelihatan feminin.
Apatah lagi jika anda gemar memakai atau mengenakan pakaian yang agak pendek. Masalah betis besar memang sukar untuk diatasi dan ada beberapa perkara menjadi penyebab betis besar pada wanita. Agak penting juga untuk anda ketahui.
Berikut beberapa faktor yang mungkin menjadi penyebab betis besar:
1 . Keturunan
Penyebab betis besar jika disebabkan oleh faktor genetik, jadi tidak banyak yang boleh dilakukan untuk meminimumkan ukuran betis yang besar. Untuk mengetahuinya, cuba lihat betis keluarga anda atau saudara mara anda yang lain. Anda masih boleh merubah beberapa ‘variable anatomy’ anda, tetapi tidak dengan yang lain. Sebagai contoh, jika anda memiliki ‘tendon cchilles’ (tendon yang menempel di bahagian belakang tumit sampai ke otot betis) yang pendek, maka otot betis anda akan kelihatan lebih besar. Ini adalah kerana otot betis anda tidak boleh memanjang, sehingga akan memenuhi tendon yang pendek . Namun, jika anda memiliki tendon yang panjang, maka tendon ini boleh memanjang lebih jauh ke kaki. Ia memungkinkan otot betis lebih tinggi, sehingga kelihatan lebih kecil. Memanjangkan tendon betis adalah mustahil, namun adan boleh memberikan tumpuan untuk menghindari gerakan atau senaman yang hanya akan membuatkan otot betis anda menjadi semakin besar.
2 . Kebiasaan Dan Aktiviti
Sering berjalan dengan mata kaki (tumpuan berat badan lebih besar di bahagian depan kaki), boleh menyebabkan otot betis cenderung naik keatas. Hindari sebarang aktiviti yang memaksa menumpukan berat badan pada hujung mata kaki – ia termasuk berjalan dengan menggunakan high heels atau kasut tumit tinggi.
3 . Beban Berlebihan
Beban lebih banyak pada otot betis ketika berjalan menyebabkan otot-otot sekitar tendon lemah dan juga boleh menyebabkan betis menjadi besar. Jika otot pada bahagian depan bahagian bawah kaki anda lemah, jadi memperkuatnya akan membantu memperpanjang otot betis.
4 . Lemak
Penyebab betis besar juga besar kemungkinan kerana ada banyak lemak berkumpul di kawasan itu yang cenderung menjadi tempat pergeseran lemak terakhir ketika menurunkan berat badan. Ketika kaki dan paha anda sudah ramping, maka mudah-mudahan betis anda juga mampu kelihatan lebih menarik.Jadi, bersabar ya!
Kesimpulan
Jika anda tidak boleh mengurangkan ukuran betis anda itu, cuba fokus pada bahagian-bahagian penting lain dari tubuh anda dan membuatkannya tampil lebih menarik.Selain itu, cubalah meminimumkan betis agar tidak jadi semakin membesar dengan menghindari senaman atau aktiviti tertentu.
<< Ketahui cara mengecilkan punggung dengan cepat di sini.
No Comment