Petua PemakananSihat

Bahaya Bila Terlalu Kerap Makan Kentang Goreng

 

kentang goreng - women online magazine

Kentang goreng adalah makanan yang popular di kalangan masyarakat kita. Kentang goreng hangat dengan siraman mayonis dan sos cili pasti membuat anda ingin mencubanya.Namun hati-hati, disebalik keenakan kentang goreng, ada bahaya yang tersembunyi!

Selain ia mudah disediakan, ianya turut menjadi pilihan ibu bapa untuk menjadikanya sebagai hidangan kepada anak-anak. Tidak hairanlah kentang goreng menjadi makanan kegemaran kanak-kanak.

 

Bahaya kentang goreng

Tidak semua lemak harus dielakkan, ada banyak lemak baik seperti minyak zaitun yang boleh menjaga kesihatan anda. Namun dalam kes kentang goreng, ia terkandung banyak lemak tepu. Lemak tepu ini boleh tinggal di tubuh lebih lama dan masuk ke dalam aliran darah. Akibatnya, terjadi tompok-tompok kecil yang boleh menjadi plak dan menutup aliran darah. Plak ini menjadi faktor penyebab strok dan serangan jantung.

Kebiasaannya, selepa menggoreng, kentang akan ditaburi garam bagi mendapatkan rasa yang enak.

  • Bahan pengawet

Warna kuning keemasan kentang goreng adalah warna tiruan dan bahan pengawet.

Menggoreng dalam minyak yang banyak akan membawa lemak trans dalam tubuh anda.

 

Risiko Penyakit Akibat Kerap Makan Kentang Goreng

 

Kesimpulan

Pengambilan kentang goreng secara berpanjangan, akan mengundang mudarat tanpa kita sedar. Banyak penyakit yang berlaku pada hari ini, boleh dikategorikan sebagai kronik atau tahap yang bahaya oleh pakar perubatan. Ini kerana, pemusnahan sel- sel badan juga berlaku secara perlahan tanpa kita sedar.

Oleh itu, seharusnya kita mengambil berat tentang pemakanan dan mempertimbangkan dengan tindakan yang bijak. Bukannya mencari penyebab untuk menempah penyakit yang akhirnya mengundang maut. Termasuklah mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan seperti sayur- sayuran dan buah- buahan kerana mencegah itu lebih baik daripada berubat. Beringatlah, makan secara sederhana dan mengambil langkah- langkah tertentu.

Kredit foto: twofatbellies

<< Ketahui khasiat buah avocado untuk kesihatan dan kecantikan anda di sini.

Previous post

Fahami Maksud “Lemak Tepu” Yang Dikatakan Cukup Membahayakan Kesihatan Anda

Next post

12 Tempat Wajib Anda Singgah Di Singapore

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *