Semak, 10 Jenis Buah-Buahan Yang Paling Banyak Mengandungi Vitamin C
Kredit :
Vitamin C merupakan nutrisi yang diperlukan tubuh untuk kepentingan tumbesaran, pemulihan dan menangkal radikal bebas penyebab penuaan semulajadi. Malahan, vitamin C juga penting untuk pembentukan kolagen, meningkatkan sistem ketahanan tubuh serta membantu penyerapan zat besi.
Kekurangan vitamin C di dalam tubuh boleh mengakibatkan beberapa gangguan kesihatan seperti sakit sendi dan anemia. Vitamin C mengandungi ‘asid askorbat' yang merupakan kunci utama untuk penghasilan kolagen sebagai protein untuk membuat kulit tetap sihat dan tidak mengendur. Kolagen bersama dengan elastin akan menjaga kulit anda agar tetap sihat. Kolagen menghasilkan kekenyalan dan kekuatan kulit, sementara elastin menghasilkan keanjalan.
Pada setiap hari tubuh memerlukan vitamin C kerana tubuh tidak dapat mengeluarkan vitamin C dengan sendiri. Jadi, sebab itulah anda disarankan untuk memperbanyakkan pengambilan makanan semulajadi seperti buah-buahan yang mengandungi vitamin C.
Manusia terutama wanita rata-ratanya memerlukan 75 mg – 500 mg vitamin C setiap hari dan ia boleh diperoleh dari buah-buahan. Berikut adalah antara buah-buahan yang mengandungi vitamin C terbaik.
Kandungan vitamin C dalam jambu batu hampir dua kali ganda dari limau.Dalam sebiji buah jambu batu berukuran sederhana mengandungi lebih daripada 250mg vitamin C. Selain itu, jambu batu juga kaya dengan serat, asid folat, kalium dan mangan.
Kredit :
- Oren
Sebiji oren menyediakan 50 sampai 70 mg vitamin C, setara dengan keperluan harian vitamin C yang kita perlukan. Oren juga merupakan sumber serat, folat, serta antioksidan, vitamin dan mineral lainnya.
Kredit :
Buah betik merupakan antara buah-buahanyang mengandungi vitamin C yang cukup tinggi. Selain itu, betik juga mengandungi nutrisi lainnya seperti vitamin A dan B9(folat) yang baik diambil oleh wanita yang sedang hamil.
Kredit :
Sebiji buah delima menyediakan 40 peratus keperluan vitamin C harian anda. Delima juga mengandung folat, serat, kalium, niasin, vitamin A dan E. Antosianidin dalam delima memiliki sifat antioksidan dan anti-inflamasi, yang menurunkan kolesterol dan tekanan darah, melindungi gigi, mencegah osteoartritis, alzheimer, kanser payudara, leukemia, kanser paru dan kanser prostat.
Kredit :
- Epal
Kandungan vitamin C dalam 100 gram buah epal adalah 5 mg. Epal juga kaya akan flavonoid antioksidan yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, stroke dan kanser. Sebiji epal sederhana besar memiliki lebih kurang 80 kalori.
Kredit :
- Buah Kiwi
Buah kiwi mempunyai citarasa buah yang cukup unik. Tekstur daging dan bentuknya juga eksotik. Sama seperti buah oren, buah kiwi juga mengandungi vitamin C yang tinggi. Pengambilan buah kiwi secara teratur akan menjaga sistem ketahanan tubuh agar sentiasa baik.
Kredit :
- Buah Anggur
Buah anggur memiliki kandungan vitamin C yang tak kurang hebatnya aitu 10,8 mg tiap 100 gramnya. Anggur merah juga mengandung zat besi, kalium, serat dan antioksidan lain yang melimpah.
Kredit :
Durian Belanda adalah buah yang kaya vitamin dan serat. Setengah biji buah durian belanda bersaiz sederhana sedang sudah cukup untuk memenuhi seluruh keperluan vitamin C dan setengah keperluan serat harian anda. Vitamin C merupakan antioksidan yang sangat baik untuk meningkatkan sistem ketahanan tubuh dan memperlambat proses penuaan semulajadi. Serat sangat baik untuk membantu penghadaman dan detoksifikasi. Buah durian belanda juga mengandungi fosfor dan kalsium, dua mineral penting untuk pembentukan massa tulang dan mencegah osteoporosis.
Kredit :
- Strawberi
Pengambilan buah strawberi pada setiap hari boleh membantu anda mengendalikan penyakit diabetis dan mencegah penyakit jantung. Strawberi juga merupakan sumber vitamin C dan antioksidan lainnya. Dalam kuanti buah strawberi sebanyak 147 gram, mengandungi vitamin C sebanyak 86,5 mg.
Kredit :
10. Mangga
Sebiji buah mangga biasanya mengandungi 60 mg vitamin C. Antioksidan dalam mangga membantu mencegah artritis, mempercepatkan penyembuhan luka dan sangat baik untuk sistem ketahanan tubuh.
Kredit :
<< Ketahui punca dan bahaya kanser hati di sini.
1 Comment
[…] siap disediakan. Tetapi jika anda ingin kesegaran air limau nipis ini lebih awet dan kandungan vitamin C yang terkandung di dalamnya lebih tahan lama, anda disarankan untuk menggunakan campuran air […]