Cara Mudah Hilangkan Stress Dengan 8 Makanan Yang Boleh Melangsingkan Tubuh
Kredit : askdrmanny
Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk hilangkan stress yang melanda diri. Ada yang meluangkan waktu untuk bercuti ke tempat-tempat menarik, bahkan ke luar negara. Selain itu, ada juga yang memilih untuk bershopping. Bagi yang berkemampuan, semua itu tak ada masalah!
Tetapi bagi anda yang agak ‘budget’, pastinya ingin tahu bagaimana cara hilangkan stress dengan cara mudah, menyenangkan dan lebih jimat. Sungguhpun cara hilangkan stress yang diberikan ini bukan bermakna segala stress dan masalah anda akan hilang seratus peratus. Cuma, ini adalah salah satu cara hilangkan stress dengan lebih mudah dan menyihatkan iaitu dengan pengambilan beberapa jenis makanan sihat. Makanan tersebut hanyalah berfungsi untuk mencegah ataupun mengurangkan stress anda.
Berikut makanan yang boleh meredakan stress sekaligus melangsingkan tubuh anda.
Cara hilangkan strss dengan susu rendah lemak tentunya tidak akan membuatkan anda gemuk! Sebaliknya ia boleh mengurangkan rasa penat di hati dan stress berpanjangan. Cubalah minum susu rendah lemak panas suam sambil duduk dan menikmati keindahan suasana di pagi hari. Ia pasti mengurangkan rasa stress dan membuatkan hati anda menjadi lebih baik. Bahkan otak pun boleh relaks buat sementara waktu.
Cubalah hilangkan stress anda dengan meminum teh hijau. Ia memiliki aroma yang mampu membuatkan anda berasa lebih tenang. Lagipun teh hijau mengandungi asid amino thenine yang boleh menenangkan otak daripada pelbagai perkara yang akan menyebabkan stress. Sebaiknya minum teh hijau di malam hari setelah anda kepenatan, Minum sementara air tersebut masih panas dan biarkan tubuh anda relaks.
Cara hilangkan stress dengan yogurt ini tidak jauh bezanya dengan susu. Yogurt akan terasa lebih sedap jika dimakan dalam keadaan sejuk. Yogurt boleh mengembalikan kesegaran tubuh dan melancarkan penghadaman. Jika sedang stress, cubalah makan yogurt, selain boleh melangsingkan tubuh anda juga boleh menenangkan fikiran yang berkeceramuk.
- Rosemary & Lavender
Boleh dimakan begitu sahaja atau digunakan dalam masakan. Minyak yang diaromakan daripada rosemary ini sangat berguna untuk meransangkan perjalanan darah serta baik untuk meningkatkan memori.
Begitu juga dengan khasiat lavender yang boleh menghilangkan stress. Aroma lavender ini mampu merangsang sistem ketahanan tubuh dan menegangkan kulit. Anda boleh menggunakannya sebgai salah satu minyak esensial untuk mengurut tubuh, atau mengambilnya dengan teh dengan aroma lavender. Di samping itu, adan boleh juga mendapatkan keharuman lavender ini daripada minyak wangi, losyen, penyegar ruangan dan sebagainya. Mencium haruman lavender juga boleh membantu anda meredakan stress.
Soya mengandungi vitamin B, kalsium, magnesium dan lain -lain. Manfaatnyapun tidak juah berbeza dengan susu ataupun yogurt. Soya bagus dijadikan sebagai pengganti susu kerana rendah lemak.Jadi sebab itulah anda tidak perlu bimbang gemuk dengan pengambilan soya kerana stress pun akan hilang dan tubuh anda pun akan tetap langsing.
Brokoli sangat bagus diambil oleh anda yang sedang berdiet. Brokoli merupakan sayuran sihat yang mampu mencegah pelbagai jenis penyakit serta membuatkan tubuh menjadi lebih sihat. Brokoli mengandungi asid folic yang mampu menghilangkan segala bentuk kegelisahan, stress dan juga sindrom panik.
- Bluberry
Buah ini memiliki rasa yang masam manis, rendah kalori dan kaya dengan serat dan vitamin C. Pengambilan buah blueberry ini akan membuatkan perasaan anda menjadi lebih relaks dan tenang.Secara perlahan-lahan stress anda pun akan hilang.
- Gandum
Gandum boleh menstimulasi penghasilan sterotenin yang mampu menghilangkan stress dan menenangkan otak. Gandum juga kaya akan vitamin dan zat yang sangat bagus untuk tubuh. Pengambilan gandum elok untuk anda yang sedang melakukan diet atau menurunkan berat badan, sehingga ketika anda stress, anda tidak perlu takut untuk menjadi gemuk!
<< Ketahui 10 makanan yang boleh menjadi penawar sakit buah pinggang di sini.
No Comment