Petua PemakananSihat

Ketahui Fungsi Sebenar Asid Amino Buat Tubuh

Asid Amino - Women Online Magazine

Foto: lushzone

Asid amino merupakan sebatian organik biologi yang mempunyai kumpulan berfungsi amino dan asid karboksilik dengan rantai sisi yang khusus untuk setiap asid amino.

Unsur-unsur utama asid amino ialah karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen. Dalam bentuk protein, asid amino merupakan komponen yang kedua terbesar dalam struktur otot manusia, sel dan tisu.Asid amino adalah kimia protein blok binaan. Tubuh kita dibangunkan oleh blok-blok binaan ini. Secara struktur, badan anda terutamanya boleh terjejas oleh protein yang dibangunkan daripada asid amino.Asid amino menyumbang kepada kesihatan sistem saraf, struktur otot, pengeluaran hormon, organ-organ penting dan struktur sel.

Fungsi Asid Amino

  • Asid amino merupakan komponen utama dalam pelbagai metabolisma. Dikategorikan sebagai fungsi asid amino kerana ia merupakan sebahagian daripada pusat kompleks dan sistem biologi.
  • Jika tidak mendapat asid amino yang cukup dalam diet, kesihatan boleh terjejas.
  • Fungsi asid amino lain bergantung pada asid-asid amino, unsur-unsur mineral, karbohidrat dan asid lemak.

Pecahan

  • Asid Amino Perlu

Asid amino perlu adalah sumber protein yang badan kita perlukan tetapi kita tidak boleh menghasilkannya sendiri.

  • Asid Amino Tidak Perlu

Boleh dihasilkan oleh badan, maka kita tidak wajib mengambilnya dalam pemakanan seharian.

 

  • Asid Amino Perlu:

Histidine

Berfungsi untuk membina dan membaiki tisu yang rosak. Ia juga penting untuk mengekalkan kesihatan tiub mielin yang melindungi sel saraf kita. Kita memerlukan histidine untuk menghasilkan sel darah merah dan putih dan juga histamin yang penting untuk kesihatan imunisasi badan. Histidine melindungi tubuh dari kerosakan akibat radiasi.

  • Isoloeucine

Fungsi Isoleucine ialah untuk menghasilkan hemoglobin, menstabilkan dan menyelaraskan tahap gula dalam darah dan juga memberikan tenaga. Isoleucine juga merupakan salah satu cabang daripada tiga asid amino berangkai – bersama-sama dengan leucine dan valine.

  • Valine

Valine merupakan asid amino perlu yang mengandungi efek stimulan. Ia diperlukan untuk metabolisma otot, pembaikian tisu dan untuk mengekalkan keseimbangan nitrogen dalam badan.

  • Leucine

Leucine berkerjasama dengan asid amino isoleucine dan valine dalam melindungi otot. Ketiga-tiga asid amino ini membantu dalam menyembuhkan kecederaan tulang, kulit dan tisu otot dan sangat disarankan bagi mereka yang baru selesai menjalani pembedahan. Leucine juga penting dalm merendahkan tahap gula dalam darah yang tinggi serta merangsang penghasilan hormon kesuburan.

  • Methionine

Methionine berfungsi untuk memecahkan lemak dan menghalang pembentukan lemak di hati dan salur darah yang boleh menyekat aliran darah ke otak, jantung dan buah pinggang. Methionine menolong sistem penghadaman berjalan lancar dengan membantu mendetoks agen bahaya seperti karbon dan logam berat. Methionine juga diperlukan untuk mengelakkan kerosakan rambut, melindungi tubuh daripada radiasi dan mengawal osteoporosis.

  • Threonine

Threonine adalah asid amino perlu yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan protein dalam badan dan penting dalam pembentukan kolagen dan elastin. Threonine terdapat di dalam jantung, sistem saraf tunjang dan otot skeletal, threonine membantu mencegah pengumpulan lemak di dalam hati. Ia juga menguatkan sistem ketahanan badan dengan menghasilkan antibodi.

  • Lysine

Asid amino lysine penting untuk tumbesaran tubuh. Kanak-kanak yang sedang membesar amat memerlukannya bagi mendapatkan pertumbuhan dan perkembangan tulang yang sihat kerana ia membantu dalam penyerapan kalsium. Lysine juga dikatakan dapat merendahkan tahap serum trigliserida yang tinggi dan digunakan untuk melawan virus Herpes.

  • Phenylalanine

Phenylalanine penting untuk tubuh kita kerana ia bertanggungjawab menjadi asid amino tyrosine yang digunakan untuk mensintesis dua neurotransmitter utama bagi mengawal kesedaran, iaitu dopamine dan norep-inephrine. Phenylalanine ada digunakan untuk merawat arthritis, kemurungan, kekejangan disebabkan PMS, migraine, obesiti, penyakit Parkinson dan schizophrenia.

  • Tryptophan

Digunakan oleh otak untuk menghasilkan serotonin, iaitu satu neurotransmitter yang menghantar maklumat dari satu sel ke satu sel yang lain bagi mengawal pergerakan dan juga bertanggungjawab memastikan kita mendapat tidur yang normal. Tryptophan merupakan satu elemen yang dapat membantu melawan kemurungan dan juga insomnia dan membantu menstabilkan mood. Tryptophan mengawal hyperactivity di kalangan kanak-kanak, menghilangkan stress, menyokong kesihatan jantung, menolong mengawal berat badan dengan mengawal selera makan dan menyokong pelepasan hormon untuk pertumbuhan. Ia juga elok untuk migrain dan boleh mengurangkan kesan nikotin.

<< Ketahui petua untuk meredakan sakit kepala di sini.

Previous post

Kebaikan & Bahaya Jika Anda Biarkan Bayi Tidur Meniarap

Next post

Brokoli Mampu Bantu Percepatkan Kehamilan & Menghaluskan Kulit

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *