Kenapa Mesti Gerun Dengan Makanan Berlemak?
Anda yang sedang berdiet, tentu gerun dengan perkataan ‘makanan berlemak'.
Mendengarkan sahaja, terus terbayang-bayang perkara yang buruk seperti kegemukan, sumber penyakit, kolesterol dan sebagainya. Padahal terdapat juga kebaikan pada lemak itu sendiri.
Lemak diperlukan oleh tubuh sama seperti tubuh memerlukan protein dan karbohidrat untuk tumbesar, terutama buat kanak-kanak.Apa yang perlu diperhatikan adalah pengambilan lemak yang masuk ke dalam tubuh sehingga tidak merugikan kesihatan. Paling penting, pilihlah jenis lemak dengan baik agar anda terhindar daripada segala penyakit dan kesegaran tubuh anda juga terjaga.
Fungsi lemak untuk tubuh. Antaranya:
1. Menyumbang perkembangan dan fungsi otak, bermakna lemak baik untuk kecerdasan.
2. Sebagai sumber energi yang bermanfaat membantu dalam menjalani aktiviti harian sehingga anda tidak menjadi cepat penat.
3.Membantu penyerapan vitamin.
4. Memberikan rasa kenyang sehingga dapat mengurangi keinginan untuk ‘mengunyah' tidak kira waktu.
Lemak Mampu Turunkan Berat Badan?
Lemak yang terkandung dalam buah-buahan dan sayuran adalah jenis lemak yang baik untuk tubuh. Antara makanan berlemak yang dikatakan mampu menurunkan berat badan:
1. Kacang-Kacangan
Selama ini anda mungkin takut untuk menjamah kacang-kacangan kerana kacang banyak mengandungi lemak. Namun, selepas ini anda boleh mengubah persepsi tersebut kerana lemak yang terkandung di dalam kaang-kacangan boleh membantu menurunkan berat badan. Ini adalah kerana kacang mengandungi zat yang dapat membatasi penyerapan lemak oleh tubuh. Di samping itu, kacang juga kaya dengan serat dan memerlukan waktu yang agak lama untuk dihadamkan, sehingga akan membuatkan anda berasa lebih kenyang setelah memakannya. Pastikan anda menyenaraikan kacang-kacangan seperti kacang tanah, almond dan walnut dalam menu diet sihat anda.
2. Dark Chocolate
Jika anda suka coklat, tapi takut gemuk, kini anda boleh beralih ke dark chocolate. Ia mengandungi coklat yang mengandungi zat ‘stearic acid', yang mana boleh memperlambatkan proses penghadaman sehingga tubuuh memerlukan energi yang lebih banyak dan lebihan kalori pun terhapus. Selain boleh membantu menurunkan berat badan, dark chocolate juga berguna buat kesihatan kerana banyak mengandungi antioksidan yang mampu melindungi tubuh anda daripada bahaya radikal bebas.
3. Kelapa
Buah kelapa, tak kira kelapa tua ataupun muda banyak mengandungi nutrisi dan mineral. Kelapa dapat mengurangi lemak di dalam tubuh, terutama lemak di bahagian perut. Satu auns buah kelapa kering mengandungi 18 gram lemak. Anda juga boleh menggunakan minyak kelapa yang mengandungi lemak sihat untuk dicampur dengan makanan.
4. Telur
Telur mengandungi banyak nutrisi sekaligus kombinasi lemak yang baik. Telur juga boleh menjadi sumber mineral yang baik seperti selenium, lutein dan kolin serta zat besi.
5. Minyak Zaitun
Minyak buah zaitun mengandungi 15 gram lemak baik, nutrisi serta antioksidan. Zat ‘polifenol' yang terkandung dalam minyak zaitun juga membantu melawan kanser serta berfungsi memperkuatkan jantung. Selain itu, ia turut meningkatkan hormon ‘adiponectin' yang bertugas memecahkan lemak dalam tubuh. Anda disarankan menggunakan minyak zaitun sebagai tambahan ketika membuat salad, menggoreng sayur dan sebagainya.
Kredit foto: fruitandnuts
<< Untuk kurus anda perlu pilih sarapan rendah kalori. Cerita selanjutnya di sini.
No Comment