Petua PemakananSihat

Ketahui Minuman Hilang Khasiat Jika Dibancuh Dengan Air Mendidih

air mendidih - women online magazine

Apakah minuman yang kurang baik atau akan hilang khasiatnya  jika dibancuh dengan air mendidih? Semak di sini…

Alangkah nikmatnya apabila menikmati secawan atau segelas minuman dengan menggunakan air mendidih seperti membancuh kopi, teh dan sebagainya. Banyak manfaatnya, dan salah satunya air tersebut membantu dalam membersih sistem dengan menghapuskan ‘benda’ yang tidak diinginkan dan racun daripada tubuh.

Anda yang menderita sakit kepala yang tidak diketahui puncanya, minum air panas tersebut dapat membantu tubuh untuk bekerja lebih efisien dan juga mencegah sembelit. Ia akan memastikan sistem penghadaman bekerja dengan lancar. Namun, perlu anda ketahui ada beberapa minuman yang ternyata kurang baik jika dibancuh  menggunakan air panas atau air mendidih. Beberapa kandungan baik dalam minuman tersebut boleh hilang atau berkurangan jika cara membancuhnya tidak betul.

Apakah minuman yang kurang baik atau akan hilang khasiatnya itu  jika dibancuh dengan air mendidih?  Kenyataan tentang minuman tersebut merujuk pada sebuah buku bertajuk ‘Smart Eating’  yang ditulis oleh Dr. Samuel Oetoro.  Semak!

 

 * Limau

Air limau panas memang nikmat jika diminum dalam cuaca sejuk. Namun, jika cara membancuhnya salah, maka kandungan vitamin C dalam limau tersebut akan rosak. Cara membancuh air limau yang betul adalah dengan menggunakan air di bawah 50 darjah Celsius.

Harus Tahu!

1. Jika  anda tidak mempunyai masalah gastrik, air limau ini mempunyai khasiat untuk menaikkan pH dalam tubuh, terutama ‘urine’, yang membuat buah pinggang dapat bekerja dengan lebih baik untuk mengeluarkan toksin daripada dalam tubuh.

2. Vitamin C dan ‘boiflavonoid’ mempunyai manfaat untuk memperbaiki daya ketahanan tubuh, antioksidan dan mencegah munculnya kanser.

3. Selain itu, vitamin C juga adalah salah satu komponen untuk pembentukan kolagen secara semulajadi dalam tubuh.

 

* Teh Hijau

Teh hijau akan lebih diambil jika dibancuh dengan air panas bersuhu di bawah 70 darjah Celsius. Antioksidan yang berupa zat ‘epigallotechin gallate’ dalam teh hijau boleh rosak jika dibancu dengan air yang teralu panas.

 Harus tahu!

1. Untuk teh celup biasa, biasakan celup the ke dalam air panas sebanyak tiga kali sahaja supaya pengawet yang ada di dalamnya tidak iku larut ke dalam teh.

2. Agar kandungan antioksidannya tidak rosak, anda disarankan tidak menyimpan teh hijau lebih daripada enam bulan. Minumlah tiga hingga lima cawan teh hijau sehari untuk memperoleh manfaat optimum daripada teh hijau.

3. Jika anda mahu menikmati teh hijau di bulan Ramadan, ketika bersahur nanti anda digalakkan memilih teh hijau yang mengandungi antioksidan lebih tinggi. Biarkan air cair dan tidak pekat, semakin cair semakin bagus. Di samping itu, hati-hati , jangan sampai terlebih manis/gula!

 

Susu

Protein dalam susu boleh rosak jika dibancuh dengan air panas, terutama pada susu serbuk. Bancuh susu dengan air bersuhu di bawah 80 darjah Celsius demi menjaga kandungan proteinnya.

Harus Tahu!

1. Jika anda tidak mempunyai masalah penghadaman yang berkaitan dengan susu, segelas susu rendah lemak suam boleh menjadikan sahur anda nanti tetap ‘cool’. Susu mengandungi zat penghilang dehidrasi, sehingga anda akan terhindar daripada dehidrasi  selama sehari suntuk.

2. Selain itu, kandungan nutrisi susu akan membantu anda tetap fit hingga  menjelang waktu berbuka puasa.

Kredit foto: incredible-green-tea

<<  Ketahui 7 rahsia di sebalik cerita bawang merah. Ketahui di sini…  

Previous post

Tuala Scott® Ekstrak Teh Hijau Mampu Serap Minyak

Next post

Diet Bulan Puasa; Segar Bertenaga

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. June 28, 2014 at 10:39 am — Reply

    terima kasih WOM, Setelah terbaca artikel ini dapat manfaat dan pengetahuan ttg ini,boleh cuba perbaiki mana yg tidak betul,berkaitan teh tu yg penting saya biar kn terendam lama di dalam jug 😉 terima kasih sekali lagi atas perkongsian ini.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *