7 Khasiat Bawang Merah
Kredit Foto: Enn.Li
Khasiat Bawang Merah. Pernahkah anda mengetahui rahsia di sebalik khasiat bawang merah? Jika belum tahu, cubalah baca artikel ini.
Bawang merah? Apa tu? Hishh… malu jadi orang perempuan kalau tidak tahu atau kenal apa itu bawang merah. Jika dalam drama, bawang merah selalu dikenali sebagai wanita jahat yang berhati busuk.
Bawang merah selalu menindas dan sering membuatkan bawang putih menangis! Sungguhpun begitu, setiapkali kita mengupas bawang merah ia akan membuatkan airmata kita jatuh bercucuran. Bawang merah banyak digunakan terutama di negara-negara Asia sebagai rempah dapur, dan kerap digunakan dalam masakan. Tapi, apa rahsia di sebalik cerita bawang merah ini?
Khasiat bawang merah banyak mengandungi vitamin C, kalium, serat dan asid folat. Selain itu, ia juga mengandungi kalsium dan zat besi. Bawang merah mengandungi zat pengatur pertumbuhan semulajadi berupa hormon ‘auksin’ dan ‘giberelin’ yang amat diperlukan oleh tubuh. Di samping itu, bawang merah juga dapat menyeimbangkan kadar gula dalam darah dan mencegah infeksi kerana bakteria.
Antara Khasiat Bawang Merah:
1. Perlindungan diri daripada kanser
Bawang merah bermanfaat untuk mengurangi risiko beberapa jenis kanser. Jadi, tak salah jika anda meletakkan banyak bawang merah dalam masakan anda.
2. Membuat tulang dan sendi jadi kuat
Bukan sekadar susu yang dapat menambah kepadatan tulang. Ada yang berpendapat, bawang dapat meningkatkan kepadatan tulang dan memperkuatkan sendi, sehingga dapat mencegah menopause pada wanita.
Baca Juga: Kiropraktik Keadah Rawatan Pembetulan Tulang Belakang
3. Mendorong aktiviti sel darah putih
Ternyata manfaat sulfur tidak berhenti sampai di situ. Sulfur pada bawang merah memainkan peranan penting untuk mendorong sel darah putih, sehingga daya ketahanan tubuh anda jadi meningkat.
Kandungan sulfur yang terdapat dalam bawang merah mempunyai banyak manfaat. Sulfur tersebut dapat mencegah pembekuan pada sel-sel darah. Kandungan sulfur dalam bawang ini juga boleh menurunkan jumlah kolesterol jahat dalam darah. Bawang merah juga dapat mencegah serangan jantung.
5. Baik untuk rambut
Jangan terkejut, kerana bawang merah bukan hanya sebagai penyedap masakan, tetapi turut bermanfaat buat kecantikan. Salah satunya, untuk rambut kerana bawang merah mengandungi pelbagai nutrisi termasuk sulfur yang membantu menyuburkan rambut serta menghentikan rambut rosak.
Selain itu kandungan bawang merah juga aktif sebagai anti bakteria yang berupaya untuk mencegah kelemumur. Gunakan jus bawang merah pada kulit kepala sambil mengurutnya. Cara ini boleh membantu meningkatkan perjalanan darah dan memberikan efek positif terhadap pertumbuhan rambut.
6. Mencerahkan kulit wajah & menghapus bintik hitam
Bawang merah mengandungi asid semulajadi yang boleh mencerahkan kulit. Bintik-bintik hitam pun boleh dihilangkan dengan bantuan si bawang merah. Caranya mudah sahaja. Hiris bawang bentuk empat segi kecil, sapukan getah bawang merah pada bahagian bintik-bintik hitam. Biarkan selama 10 minit dan bilaslah dengan air bersih. Lakukan pada setiap hari sehingga bintik-bintik hitam tersebut hilang.
7. Meredakan kesakitan
Bawang merah juga boleh mengubati penyakit ringan seperti kuman di dalam mulut, meredakan radang otot dengan cara mencampurnya dengan minyak kelapa dan digunakan untuk mengurut.
Baca Juga: Merawat Ulser Mulut
Tips:
Oleh kerana bawang merah sangat bermanfaat sekali bagi kesihatan tubuh kita, sebaiknya ia tidak dimasak terlalu lama. Masak ‘sedang-sedang’ sahaja ya!
Nota Kaki: Jika suka, anda boleh SHARE artikel ini.
No Comment