Petua PemakananSihat

5 Khasiat Betik Muda Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

khasiat betik muda - women online magazine

Kredit Foto: Sekadar Hiasan

Khasiat Betik. Rupa-rupanya khasiat betik muda juga sama hebatnya dengan buah betik yang sudah masak/ranum.

Ternyata betik muda atau setengah masak, punya khasiat tersendiri yang ramai di antara kita tidak mengetahuinya.Biasanya betik betik muda atau setengah masak ini  akan dibuat sayur, rojak, halwa ataupun jeruk. Manala daun petik pula ada yang menjadikannya sebagai ulam. Daun betik juga berkhasiat mengandungi karbohidrat, serat dan kalsium.

 

Antara manfaat betik muda bagi kesihatan tubuh. Antaranya;

 

1. Kulit Sihat & Cantik

Bukan hanya betik masak sahaja yang bermanfaat untuk mencatikkan kulit, betik muda juga berfungsi sebagai penyembuh jerawat. Jika digunakan sebagai masker, ia mampu menanggal sel-sel kulit mati dan menghaluskan kulit.

 

Baca Juga: Daun Betik

 

2. Ubat Senggugut Haid

Apabila anda sering mengalami sakit perut ketika haid, makanlah betik setengah masak  kerana ia dapat membantu meredakannya. Caranya cukup mudah, potong kecil-kecil, berikan sedikit garam. Makanlah ketika haid dan ia akan membantu melancarkan haid anda.

 

3. Sihatkan Sistem Penghadaman

Pengambilan betik muda dapat menyihatkan sistem penghadaman sebab ada zat anti ‘amuba’ dan anti parasit di dalamnya. Anda juga tidak akan sembelit, asid perut juga tidak akan naik. Selain itu, rasa sakit menstruasi juga dapat diatasi.

 

Baca Juga: Penyebab Sembelit

 

4. Mencegah Penyakit Jantung

Apabila penderita darah tinggi dan sakit jantung disarankan makan betik muda sebab ia mengontrol tekanan darah agar normal. Antioksidan yang terdapat pada betik tidak akan membenarkan kolestrol melekat pada dinding arteri. Secara tidak langsung ia akan mengurangkan risiko malalah jantung dengan mengawal tahap kolesterol.

 

5. Nutrien Betik

Ada vitamin A, C, E, dan zat antioksidan dalam betik muda. Ia membantu mencukupi keperluan nutrisi pada tubuh anda. Baik juga untuk diet kerana betik muda sangat rendah kalorinya.

 

Nota Kaki: Jom, SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda.

 << Jom ketahui akibat daripada terlebih garam di sini..

Previous post

4 Kelebihan Sekolah Agama Swasta

Next post

Resepi Ayam Percik Pedas

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *