Hilangkan Bekas-Bekas Jerawat Dengan Khasiat Buah Anggur
Kredit : nutraingredients
Buah anggur memiliki rasa yang enak dan segar. Tidak semua buah anggur berwarna ungu, dan jenisnya juga sangat banyak. Samalah juga dengan khasiat buah anggur itu sendiri. Bukan setakat baik untuk kesihatan tubuh, buah anggur ini juga berkhasiat untuk kecantikan kulit.
Anda yang ingin merawat kulit tanpa sebarang kesan sampingan, baca khasiat buah anggur ini.
Buah anggur mampu menghilangkan bekas-bekas jerawat.Caranya sangat mudah, belah buah anggur menjadi dua bahagian, kemudian sapukan secara merata pada wajah anda yang terkena jerawat. Kemudian biarkan beberapa minit, lalu diurut-urut dengan lembut. Setelah itu barulah dibilas dengan air bersih. Lakukan secara teratur 2 kali dalam seminggu dan bekas-bekas jerawat anda itu akan hilang dengan sendirinya.
Buah anggur mengandungi minyak bijian dan asid lemak yang berfungsi membuat kulit wajah tampak awet muda. Cara memakainya adalah sapukan pasta buah anggur pada bahagian leher dan wajah yang mula kelihatan berkedut itu sebelum tidur di malam hari. Biarkan beberapa minit, kemudian basuhlah wajah dengan air bersih. Lakukan cara yang sederhana ini secara teratur untuk mendapatkan hasil yang sempurna.
Kandungan vitamin C pada buah anggur mampu membuat wajah anda nampak lebih cerah daripada sebelumnya. Ambil 3 biji buah anggur dan kupas kulitnya sehingga bersih. Kemudian hancurkan buah anggur tersebut dengan cara meramas-ramasnya dengan menggunakan tangan dan campurkan dengan 3 titis madu. Setelah lembut, sapukan pada wajah anda. Biarkan selama 20 minit. Setelah itu bersihkan dengan menggunakan air bersih. Keringkan muka dengan tuala lembut yang bersih. Kulit muka ditepuk-tepuk hingga kering dan jangan digosok. Lakukan secara rutin 3 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang baik.
Gigi adalah antara bahagian terpenting yang menjadi tunjang penampilan kecantikan seseorang secara keseluruhannya. Di dalam buah anggur terdapat kandungan asid malat yang boleh memutihkan warna gigi dan membersihkannya daripada pelbagai noda. Ini bermakna, ada perlu jadikan buah anggur sebagai makanan sihat pada setiap hari agar gigi anda sentiasa kelihatan putih dan bersih.
- Cantikkan Kuku
Atasi masalah kuku kusam atau kotor kerana tidak dijaga dengan cara mudah semulajadi ini.Campurkan dua sudu besar gula pasir dan anggur 10 biji, kisar.Jadikannya scrub pada kuku dengan cara menyapu pasta ini pada hujung tangan dan kaki anda sambil disertai urutan lembut agar kutikula menjadi lembut, begitu juga dengan kuku. Dengan melakukan cara ini secara rutin, kuku anda akan bersih dan cantik.
Info Ekstra!
- Satu gelas jus buah anggur mampu membunuh sel-sel jahat yang menyebabkan kanser hati. Buah anggur juga berkhasiat untuk meningkatkan gerak kerja hati untuk lebih maksima dalam membersihkan racun-racun yang ada di dalam tubuh.
- Buah anggur mengandung zat tanin yang berfungsi melancarkan proses penghadaman anda. Selain itu, zat tanin juga berguna dalam membantu melancarkan perjalanan darah, sehingga membuat aliran darah dari pembuluh ke jantung lebih lancar dan optimal.
- Selain mengandungi zat tanin, buah anggur juga mengandungi zat flavonoid yang berguna sebagai anti oksidan. Anti oksidan sendiri berguna untuk menangkis masuknya radikal bebas ke dalam tubuh. Untuk itu, perbanyaklah pengambilan buah anggur agar anda terhidar dari radikal bebas yang tidak bagus untuk kesihatan tubuh anda.
- Kandungan dari buah anggur ini juga baik untuk anda yang menderita penyakit anemia atau kekurangan sel darah merah. Buah anggur kaya akan zat besi, sehingga mampu mengeluarkan sel darah merah di dalam tubuh dengan cepat dan maksima.Makanlah paling kurang dua biji buah anggur untuk mempercepat proses penyembuhan atau untuk mengurangkan kesakitan penyakit anemia anda itu.
<< Ketahui enam khasiat apabila anda makan kacang merah di sini.
No Comment