Khasiat Buah Durian
Anda ‘hantu’ buah durian? Atau pembenci buah yang satu ini? Apapun anda wajib tahu khasiatnya. Semak di…
Disebabkan harganya yang mahal, terutama apabila buah durian ini bukan berada pada musim pucaknya, jadi tidak hairanlah ia dianggap sebagai “raja buah”! Ramai yang menyukai durian, tak kurang juga yang memang tidak boleh tahan dan sangat alergik dengan buah durian. Bukan itu sahaja, ada yang menganggap buah durian adalah buah yang paling tidak sedap yang pernah ada di bumi ini. Buah yang boleh buat orang muntah jika dimakan! Semua ini gara-gara baunya yang terlalu tajam dan menyengat. Bagi yang tidak tahan, boleh terus diserang migraine!
Lain orang, lain lidah dan citarasanya. Kalau dah suka tu, apa sahaja yang berkaitan dengan durian, dodol durian, crepe durian dan sebagainya, semuanya boleh ‘disapu bersih'! Bagi anda yang tak suka durian, tidak mengapa. Cuma renung-renunglah seketika manfaat dan khasiat buah durian buat kesihatan. Mana tahu selepas ini, anda boleh cuba-cuba belajar makan durian.
Jom, semak 7 khasiat buah durian yang mungkin anda sendiri tidak tahu selama ini.
Ternyata ‘potassium’ yang terdapat pada durian, juga bagus untuk kesihatan tulang. Ini bermakna menjaga agar tulang tetap sihat dan kuat, bukan setakat kalsium sahaja.
Makan durian jadi kenyang! Ini adalah kerana vitamin B yang terdapat pada durian membuatkan tubuh menjadi kenyang lebih lama sehingga anda boleh mengawal nafsu dan jumlah makan.
3. Membantu meredakan migraine
Durian dapat membantu meredakan sakit akibat migraine. Ini adalah kerana durian mengandungi vitamin B yang diperlukan untuk meringankan rasa sakit yang disebabkan oleh migraine.
Durian juga mengandungi vitamin C yang merupakan faktor penting untuk meningkatkan produksi kolagen. Kolagen sendiri adalah zat yang tugasnya membantu regenerasi kulit serta membuat kulit jadi lebih tegang dan segar.
5. Mencegah anemia
Bagi anda yang kurang darah atau anemia, memakan durian boleh membantu mengatasi anemia. Folat yang ada dalam durian ini dapat membantu meningkatkan produksi sel darah merah sehingga secara automatik dapat mencegah anemia.
Kandungan serat yang ada pada durian sebanyak 37% dikatakan mampu membantu melancarkan sistem penghadaman. Nutrisi di dalam buah durian ini mampu menyerap air dan melancarkan proses pembuangan air besar serta mencegah sembelit.
7. Menjaga fungsi kelenjar thyroid
Selain sodium, tembaga juga membantu menjaga kesihatan kelenjar thyroid. Kandungan tembaga pada durian ini menajdi sumber yang mencukupi keperluan tubuh untuk tembaga.
Kredit foto: scharks
No Comment