Petua PemakananSihat

Kekalkan Berat Badan Anda Dengan Khasiat Buah Kiwi

buah kiwi - women online magazine

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, buah kiwi semakin popular dan banyak digunakan dalam menu diet sihat. Ini disebabkan nutrien yang terkandung di dalam buah kiwi itu.

Buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren, dua kali ganda vitamin  E berbanding avokado dan hanya separuh kalori berbanding buah lain. Fakta mengenai kebaikan  buah kiwi sudah lama diketahui dan tidak hairanlah ia kini digemari  oleh mereka yang mementingkan kesihatan menyeluruh.

Manfaat Buah Kiwi Kepada Ibu Hamil

Antara manfaat buah kiwi kepada ibu hamil adalah:

  • Mencegah kecacatan kepada bayi

Seorang ibu yang sedang hamil sangat digalakkan untuk makan buah kiwi kerana ia mengandungi asid folik yang tinggi. Asid folik ini dapat menghindari bayi lahir dalam keadaan cacat saraf, iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak sempurna sebanyak 70%.

  • Mencegah penyakit katarak ketika hamil

Ibu yang sedang hamil selalu menghadapi masalah kesihatan mata seperti katarak.  Kandungan lutein dalam buah kiwi bermanfaat untuk ibu hamil kerana dapat mencegah terjadinya katarak.

  • Membantu mengekalkan berat badan yang ideal

Kandungan serat terlarut pada kiwi sangat baik untuk proses pencernaan dan mencegah perut kembung semasa hamil. Oleh itu,ia dapat membantu ibu hamil untuk mengekalkan berat badan yang ideal tanpa berlakunya obesiti.

  • Mengurang risiko stroke ketika hamil

Stroke banyak dialami oleh ibu yang hamil dengan obesiti, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Khasiat antioksidan yang terkandung di dalam buah kiwi dapat dapat mencegah terjadinya pembuluh darah tersumbat sekaligus mengelakkan stroke dan serangan jantung dapat dielakkan.

Manfaat Buah Kiwi untuk Kecantikan

Kandungan Vitamin E yang tinggi di dalam buah kiwi sangat bagus untuk kecantikan kulit wajah.

Berikut adalah cara penggunaan masker kiwi untuk berbagai jenis kulit.

  • Mengecilkan pori-pori kulit

Hancurkan satu buah kiwi lalu lulurkan ke kulit wajah.Biarkan selama 15 minit,kemudian cuci muka anda menggunakan air sejuk. Manfaat masker buah kiwi ini adalah untuk mengecilkan pori-pori yang besar.

  • Merawat kulit yang kering

Bagi anda yang mempunyai jenis kulit kering, kombinasi buah kiwi dengan minyak zaitun menjadi penyelesaian yang tepat untuk wajah anda.

Campurkan 1 sudu jus kiwi, 1 sudu minyak zaitun dan 1 kuning telur ayam.Kemudian sapukan pada muka anda dan biarkan selama 15 minit. Setelah itu,bersihkan dengan perlahan-lahan menggunakan kapas dan bilas dengan air bersih.

  • Membuang sel kulit mati

Cara untuk membuang sel kulit mati adalah dengan mengisar 5-6 buah strawberry,1 buah kiwi dan ½ mentimun yang sudah dikupas kulitnya.  Biarkan pada wajah anda selama 10 minit,kemudian bilas dengan air sejuk.

Kredit foto: 3news

<<Adakah kacang tanah punca utama berlakunya jerawat pada wajah anda?Ketahuinya di sini.

Previous post

Penyebab Sakit & Kebas Punggung

Next post

Punca @ Penyebab Hidung Anak Mudah Berdarah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *