Petua PemakananSihat

10 Khasiat Buah Naga Merah

Khasiat Buah Naga Merah - women online magazine

Kredit Foto: luiinpenh

Khasiat Buah Naga Merah. Ternyata buah yang mempunyai bentuk unik ini sangat berkhasiat untuk kesihatan dan kecantikan tubuh.

Buah naga terbahagi kepada dua jenis iaitu buah naga merah dan buah naga putih.  Memiliki kadar air yang tinggi iaitu sekitar 90 peratus daripada berat buah. Rasanya yang manis, buah naga digunakan sebagai pelepas dahaga kerana dapat mengembalikan kesegaran tubuh.

Berikut khasiat buah naga merah untuk kesihatan dan juga kecantikan wajah yang perlu anda ketahui.

1.Menghilangkan Jerawat

Bagi anda yang memiliki jenis kulit berjerawat dan ingin menghilangkannya, hanya perlu menyapu saja jus buah naga merah ini pada bahagian permukaan  kulit yang berjerawat tersebut. Lakukan perkara tersebut secara teratur untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna. Kandungan vitamin C yang kaya dalam buah ini berguna untuk memutihkan kulit yang ‘terseksa’ kerana masalah jerawat.

2. Menyejukkan Kulit Wajah

Buha naga kaya dnegan antioksidan, mampu menjadi masker kulit untuk melindungi wajah yang terbakar oleh sinaran matahari. Anda cuma perlu menghancurkan isi buah naga merah secukupnya, kemudian sapu di permukaan kulit yang terbakar matahari. Kandungan vitamin B3 di dalamnya elok untuk memulihkan keadaan kulit yang terbakar akibat sinaran matahari.

Baca Juga: Rahsia Awet Muda

3. Mencegah Penuaan Semulajadi

Khasiat buah naga merah juga mampu mencegah terjadinya penuaan semulajadi. Ini adalah kerana buah naga merah dapat melembabkan kulit sihingga keduta halus tidak mudah timbul di wajah. Vitamin dan antioksidannya juga berkhasiat memulihkan dari dalam keadaan kecantikan kulit anda. Supaya khasiat buah naga merah ini lebih berkesan, anda disarankan memakannya secara teratur.

4. Bagus Untuk Sistem Penghadaman

Buah naga merah juga baik untuk sistem penghadaman. Makanlah secara teratur untuk menghindarkan anda daripda sembelit.

5. Meningkatkan Daya Ketahanan Tubuh

Buah naga merah mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Bagi anda yang mudah jatuh sakit, khasiat buah naga merah ini jangan anda buat tidak kisah. Mungkin buah naga merah ini dapat membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh anda.

6. Menurunkan Kadar Kolesterol

Buah naga merah ini juga mampu menurunkan kadar kolesterol di dalam tubuh. Ini adalah kerana buah naga merah mengandungi vitamin B3 yang dapay mengurangi kadar kolesterol sehingga buah ini sangat bagus sekali untuk kesihatan.

7. Mengurangi Lemak

Khasiat buah naga merah juga dikatakan sangat efektif untuk menurunkan kadar glukos darah. Ia mengandungi serat yang tinggi sehingga dapat membantu melancarkan proses penghdaman dalam tubuh serta mengurangi lemak dalam tubuh.

8. Mengurangi Nafsu Makan

Kandungan vitamin B2 dan B1 dalam buah naga merah sangat baik untuk meningkatkan metabolisme dan memulihkan nafsu makan. 

Baca Juga: Bahaya Makan Malam

9. Menghaluskan Dan Melembabkan Kulit

Buah naga merah kaya dengan vitamin B3 turut bermanfaat untuk melembabkan kulit, selain vitamin B3 yang juga mampu mencerahkan kulit. Caranya, ambil sebiji buah naga merah dan kisar hingga halus. Ambil sari buah naga tersebut dan sapu ke seluruhan permukaan kulit, lehar dan tubuh. Biarkan ia meresap dan mengering. Lakukan seminggu dua kali untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. 

10. Melindungi Kulit Daripada Sinaran UV

Kandungan ‘phytoene’ dan ‘phyofluence’ yang terdapat dalam buah naga merah mampu melindungi kulit daripada pengaruh buruk sinaran UV. Kandungan ‘phyofluence’ dapat menyerap sinaran UV dan berupaya mempertahankan kulit agar tetap sihat. Lumatkan buah naga, ambil isinya dan tempelkan pada wajah. Biarkan ia kering dan mereseap ke dalam kulit. Bilaslah dengan air bersih . Lakukan pada setiap hari sebelum memulakan aktiviti pada pagi hari, supaya kulit dapat terlindung daripada sinaran UV dengan baik.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE ye

<< Tahukah anda pisang mempunyai banyak khasiat yang dapat membantu menyihatkan tubuh badan. Baca lagi untuk ketahui info lanjut..

Previous post

5 Cara Mencegah Ruam Bayi

Next post

Resepi Lazat Ayam Masak Lemon

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *