Khasiat Buah Pisang Untuk Diet Anda
Pernahkah anda tahu akan Khasiat Buah Pisang boleh di gunakan dalam diet harian anda? Jom ketahuinya di sini..
Pisang dikategorikan sebagai makanan(sumber zat) yang hampir sempurna kerana mengandungi enam nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh iaitu air, gula, protein, lemak, vitamin dan mineral.
Khasiat buah pisang untuk kesihatan tubuh cukup banyak dan anda wajar menyelitkannya dalam diet anda sehari-hari. Cuma, untuk mendapatkan khasiat buah pisang sebagai menu diet secara maksimum, ada beberapa peraturan dalam pola makanan harian yang harus anda titik beratkan.
Untuk lebih mudah, anda boleh mengikuti stail pola makan diet pisang yang sering diamalkan oleh masyarakat Jepun ini.
- Untuk langkah awal, mulakan menu sarapan pagi anda dengan menjadikan buah pisang yang sudah masak sebagai menu utama dengan menambahkan segelas air suam untuk diminum. Buah pisang boleh dimakan sesuai dengan keinginan sehingga anda berasa kenyang. Untuk menambah kenikmatan sarapan pagi, anda boleh menambahkannya dnegan yogurt rendah lemak.
- Pastikan setelah makan pisang, anda tidak mengambil makanan lain sehingga tiba waktu makan tengahari.
- Untuk menu makan tengahari, cubalah nikmati beberapa makanan sihat yang menjadi pilihan anda, gabungankan dengan nasi merah secukupnya.
- Pada sebelah petang, jam 3-4 , anda boleh ‘kunyah-kunyah’, makanan rendah gula.
- Manakala untuk makan malam pula, lakukan di bawah jam 8, atau maksimum sejam sebelum tidur. Menu makanan dipilih menepati selera, tetapi sihat dan diambil dalam jumlah yang mencukupi. Hindari pencuci mulut ekstra manis seperti coklat dan sebagainya.
- Tingkatkan jumlah senaman atau beriadah daripada biasa.
Selamat mencuba, semoga diet anda membuahkan hasil!
<< Jom ketahui cara untuk tinggikan badan pula di sini..
1 Comment
[…] buah-buahan seperti pisang, epal, limau dan pear. Selain itu, anda juga boleh menggantikan makan mala mini dengan pengambilan […]