10 Kebaikan Buah Tembikai Buat Tubuh Anda
Foto: blogs
Di sebalik rasanya yang manis, segar dan mudah disediakan, buah tembikai mengandungi pelbagai manfaat kesihatan. Bagi mereka yang mengambil berat soal kesihatan, buah tembikai sangat sesuai kerana ia diet yang murah, berkesan dan selamat.
Buah tembikai kaya dengan vitamin A dan C, tiada lemak dan tinggi kandungan air serta serat, menjadikan ia sedap di makan ketika cuaca panas. Hakikatnya, tembikai penuh dengan nutrien termasuk asid lemak, protein, tiamin, niacin, folat dan pelbagai jenis mineral termasuk magnesium, potasium, mangan, zat besi, zink, fosforus dan tembaga.
Khasiat Buah Tembikai
Kandungan vitamin C yang terkandung di dalam buah tembikai adalah salah satu nutrien yang dapat mencegah penyakit asma.
Buah tembikai mampu mengurangkan tekanan darah pada pergelangan kaki, tekanan darah brachial dan pantulan gelombang karotid di kalangan orang dewasa pertengahan umur yang mempunyai masalah kegemukan.
Sumber yang sangat kaya dengan vitamin C dan kandungan antioksidan yang tinggi, tembikai boleh membantu memerangi pembentukan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser.
Tembikai telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan masa pemulihan selepas latihan dalam atlet. Penyelidik percaya yang asid amino L-citrulline yang terkandung dalam tembikai yang membawa kepada kelebihan tersebut.
Tembikai baik untuk kulit kerana ia mengandungi vitamin A, sejenis nutrien yang diperlukan untuk pengeluaran sebum dalam mengekalkan rambut yang lembab.
- Atasi Masalah Keradangan
Choline dalam buah tembikai membantu untuk mengekalkan struktur membran sel, membantu dalam penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan keradangan kronik
Kandungan air di dalam tembikai dapat membantu mencegah sembelit dan menggalakkan kekerapan untuk saluran penghadaman yang baik.
Buah tembikai kaya dengan vitamin C dan A yang menjadi nutrisi baik untuk kulit. Makanlah dua atau tiga potong buah tembikai setiap hari dan ia mampu memberikan manfaat baik buat kulit. Asid amino yang terkandung dapat mengubati luka pada kulit dengan cepat.
Ini adalah kerana buah ini mengandungi betakaroten yang akan diubah di dalam tubuh menjadi vitamin A. Vitamin A merupakan vitamin yang akan menyihatkan organ penglihatan anda.
10. Memperkuatkan Tulang Tubuh
Buah tembikai merupakan salah satu buah yang kaya dengan kandungan kalium. Kalium ini berfungsi untuk mempertahankan kalsium dalam tubuh, sehingga tulang dan sendi menjadi lebih sihat dan kuat sepanjang waktu.
<< Ketahui khasiat air kunyit yang boleh mengecilkan perut buncit di sini.
No Comment