Petua PemakananSihat

Ketahui Rahsia Luar Biasa Yang Terdapat Pada Bunga Kantan

Bunga Kantan - woman online magazine

Kredit:

bp

 

Bunga kantan masih tergolong sebagai tanaman herba liar. Bunga ini juga termasuk dalam kategori ‘zingiberaceae’, satu keluarga dengan tanaman lengkuas. Apa yang menarik, bunganya berbentuk bonggol dan muncul dari batang yang berada dalam tanah.

 

Warna bunganya merah jambu itu cukup menarik dan sering  bila dijadikan sebagai bunga hiasan. Malahan ada yang menjadikan tanaman bunga kantan ini sebagai  penghias taman atau tanaman hiasan.Batangnya yang sudah tua berbentuk seperti tanaman halia, dengan tinggi yang boleh mencapai 1-3 meter, tumbuh tegak dan banyak.Manakala daunnya tersusun berselang-seli dalam satu batang, sekitar 40-50 cm, selebar 8-10 cm.Bunga kantan berbentuk seperti gasing dan bertangkai, dilengkapi pula dengan daun yang melindunginya berwarna sama. Bunga kantan juga memiliki buah yang berbonggol seiras buah kelapa sawit, berbentuk bulat dengan bulu-bulu halus di bahagian luarnya dan berwarna merah jambu pekat ketika sudah masak.

Bunga kantan yang berwarna jambu ini memiliki rasa asam segar dan bertekstur lembut,Orang tua-tua zaman dahulu jaman memanfaatkan bunga kantan untuk membersihkan darah dan ubat untuk menghilangkan masalah bau badan dan bau mulut. Sebagai penambah citarasa masakan, bahagian yang bunga kantan yang biasa digunakan ialah bunga dan batangnya.

Kuntum bunga kantan boleh dimakan secara mentah sebagai ulam atau direbus dan dimakan bersama sambal.Jika anda mahukan aroma yang lebih tajam dan rasa asam lebih kuat, pilih bahagian kuntum bunga yang belum mekar berwarna merah jambu pucat. Bunga kantan ini banyak dipakai dalam masakan gulai, kari dan masakan berkuah lainnya. Disebabkan baunya yang wangi dan rasanya asam, maka akan tepat jika dipadukan dengan seafood dan laksa.

Khasiat Bunga Kantan Buat Kesihatan

Selain menambah kenikmatan dalam masakan, bunga kantan juga memiliki banyak khasiat untuk kesihatan.

  • Bunga kantan mempunyai kandungan zat aktif ‘flavonida’, ‘saponin’, ‘fenolik’, ‘alkaloid’, ‘tannin’, ‘triterpenoid’ ‘glikosa’, ‘steroid’ dan ‘polifenol’ yang baik untuk menghilangkan bau badan, membersihkan darah dan memperbanyakkan air susu ibu ketika menyusui.
  • Selain itu, bunga kantan juga mengandungi antioksidan yang tinggi, antimikroba , vitamin dan juga mineral yang sangat bermanfaat bagi tubuh kita.
  • Vitamin C yang terkandung di dalamnya bermanfaat sebagai antioksidan untuk mengurangi akumulasi produk radikal bebas,meneutralkan racun dan melindungi penyakit genetik.

Info Ekstra!

Jika anda membeli bunga kantan dalam jumlah banyak dan tidak habis digunakan, sebaiknya simpan dalam peti sejuk, bungkus kemas-kemas agar aroma semulajadinya tidak hilang.

<< Ketahui lebih lanjut tentang khasiat royal jelly di sini.

 

 

Previous post

Kena Cuba!10 Cara Kuruskan Pipi Supaya Hilang ‘Chubby’

Next post

Dapatkan Berat Badan Ideal Dengan 8 Makanan Sihat Ini

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *