Rawat Kanser Dengan Daun Belalai Gajah
“Daun Belalai Gajah, apa tu?”
Mungkin ada yang pernah mendengar mengenai daun belalai gajah. Tak kurang, ada yang langsung-langsung tidak tahu dan tidak pernah dengar!
Tapi tahukah anda daun belalai gajah atau ‘sabah snake grass’ telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia. Daun belalai gajah ini lebih mudah ditemui di kawasan perkampungan.
Cara-cara kegunaan daun belalai gajah mengikut peringkat penyakit:
- Peringkat 1 : 30 daun setiap hari
- Peringkat 2 : 50 daun setiap hari
- Peringkat 3 : 100 daun setiap hari
- Peringkat 4 : 150 – 200 daun setiap hari
Cara-cara membuat jus daun belalai gajah:
1. Masukkan setengah atau satu cawan air,beberapa ais batu dalam pengisar.
2. Tambah setengah biji air lemon.
3. Kemudian masukkan daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas.
4. Potongkan sebiji epal kepada lapan bahagian lalu masukkan kesemuanya di dalam pengisar itu. Jangan lupa untuk membuang kulit dan biji buah epal tersebut.
5. Kisarkan kesemua bahan tersebut sehingga halus dan terus diminum. Jangan biarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang.
6. Jika badan anda terasa sejuk,campurkan bahan tadi dengan sedikit hirisan halia.
7. Untuk hasil yang cepat,minumlah jus daun belalai gajah ini pada jam 4 pagi.
Jika pesakit sudah beransur sembuh, kurangkan penggunaan daun belalai gajah tersebut. Anda juga perlu berpantang ketika mengamalkan minum daun belalai gajah ini. Elakkan gula,madu,ikan kembung,daging ayam danitik,keladi,beras pulut,mentega,durian,sarang burung atau mana-mana herba yang lain.
Kredit foto: sekadar gambar hiasan
<< Ketahui pelbagai khasiat mahkota Dewa untuk kesihatan dan kecantikan anda di sini.
1 Comment
Dimana yah saya bisa mendapatkan daun belalai gajah di jakarta ? Thankyou