Habbatus Sauda Jadi Penawar Pelbagai Jenis Penyakit
Foto: pondokibu
Habbatus Sauda atau lebih dikenali sebagai jintan hitam adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Ia tumbuh asli di bahagian Selatan dan Barat Daya, Benua Asia.
Pokok habbatus sauda mempunyai ketinggian 20 hingga 30 meter manakala struktur daunnya yang halus dan lurus. Bijirin habbatus sauda diproses atau dikisar sehingga mengeluarkan minyak. Ia diminum untuk kesihatan atau perubatan tradisional yang meluas dan digunakan untuk merawat kencing manis secara tradisional. Di samping itu terdapat juga dimasukkan ke dalam kapsul. Habbatus sauda bukan hanya mampu merawat penyakit kencing manis, tetapi segala jenis penyakit.
Diriwayatkan dari Aisyah RA, beliau mendengar Rasullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam”.
Aku bertanya, “Apakah Al-Sam itu?”
Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”. – (Hadis Riwayat Imam Bukhari)
Khasiat Habbatus Sauda
- Menguatkan sistem pertahanan badan dalam tubuh. Kandungan yang lengkap dalam habbatus sauda menguatkan sistem imun daripada serangan penyakit.
- Mengandungi hormon yang lengkap untuk menambah kecergasan mental dan seksual.
- Melancarkan semula peredaran darah dan membantu ke arah penyembuhan semula jadi.
- Kandungan nigellon yang terdapat di dalamnya adalah baik dan paling berkesan untuk merawat masalah kesukaran bernafas, asma dan lelah.
- Membantu menguatkan kembali fungsi buah pinggang, hempedu, hati, jantung dan bahagian-bahagian lain dalam tubuh. Oleh itu, ia boleh membantu pesakit kencing manis, darah tinggi, gaot, jantung dan sebagainya.
- Membekalkan sel-sel yang diperlukan untuk menambah keupayaan tubuh, menyingkirkan ketumbuhan yang mengakibatkan barah.
- Membersihkan perut, membuang angin, kahak dan pelbagai tindak balas berlaku semasa rawatan. Namun ia tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan dan selamat digunakan.
- Minyak habbatus sauda membantu merawat kanser payudara dan usus.
- Melancarkan pengeluaran susu bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu.
Kesimpulan
Rasulullah SAW telah mengesahkan kehebatan dan keajaiban habbatus sauda dan menyarankan kita menggunakan habbatus sauda untuk merawat bermacam jenis penyakit. Penyelidikan yang dilakukan oleh para ahli ilmuan dan ahli perubatan juga mengesahkan keajaiban dan kebaikan habbatus sauda.Oleh itu, tidak perlu lagi untuk kita mempertikaikan tentang kebenaran dan kesahihan bahawa habbatus sauda adalah penawar segala penyakit.
Kredit foto: pondokibu
No Comment