Petua PemakananSihat

Antara Khasiat Halia, Ubat Kuat Seks!

khasiat halia - women online magazine

Kredit Foto: healthyfoodspace

Khasiat Halia. Halia sememangnya tidak asing dalam kehidupan kita kerana ia banyak digunakan di dalam masakan. Halia menjadi ramuan penyedap!

Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.

 

Baca Juga: Asid Amino

 

Ia dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit seperti angin dalam badan,sakit  kepala, sistem penghadaman bermasalah, muntah, cirit-birit, asma dan pengaliran darah bermasalah.

Selain itu, ia juga dikatakan mampu merawat mati pucuk, lemah tenaga batin, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan juga darah haid berbau hamis.

Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses penghadaman, melembutkan dinding perut, dan sebagainya. Malah halia juga dapat meningkatkan kekuatan seks dan meningkatkan pengeluaran sperma.

 

Baca Juga: Cara Mengatasi Perut Kembung

 

Kebaikan Halia Untuk Kesihatan:

1. Melancarkan Perjalanan Darah

Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki pengaliran darah, sekaligus membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

 

2. Memulihkan Mabuk Perjalanan & ‘Morning Sickness’

Halia dapat mengatasi rasa loya yang dikaitkan dengan mabuk seperti mabuk perjalanan,mabuk laut dan juga ‘morning sickness’. Malah ia juga dapat mengatasi ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.

 

3. Mencegah Demam & Selsema

Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semulajadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Caranya, rendam dua sudu besar halia segar yang telah dicincang di dalam air panas. Kemudian minum air tersebut dua hingga tiga kali sehari.

 

4. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut

Halia dapat membantu dalam penghadaman,seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut.

 

5. Menguatkan Antibodi

Pengambilan sedikit halia setiap hari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga dapat mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.

 

6Membuang Angin

Ramai yang tahu,air rebusan halia yang dicampur dengan lada hitam dapat membuang angin di dalam usus. Malah air rebusan halia ini sangat sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang kerap kali mengalami masalah angin seluruh badan.

 

Info Ekstra!

Resepi Jus Halia Bersama Limau Nipis / Kasturi

Bahan-Bahan:

  • Halia yang dibuang kulit dan dihiris nipis
  • 1 sudu besar jus limau kasturi / limau nipis
  • Air suam
  • 3 sudu kecil gula

Cara Penyediaan:

Campurkan hirisan halia bersama limau nipis atau limau kasturi di dalam jug. Masukkan juga air suam. Gula tadi dikacau sehingga larut di dalam cawan berisi air panas,kemudian,masukkan gula yang telah larut itu ke dalam jug yang berisi halia dan limau itu tadi. Kacau sehingga sebati. Tambah ais sekiranya perlu.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini, jika anda suka!

<< Ketahui khasiat badam yang mampu mencegah obesiti di sini.

 

 

 

 

Previous post

Selendang Half Moon Paling Mudah Digayakan

Next post

7 Jenis Kain Cotton Terbaik

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *