Jus Manggis Cegah Pertumbuhan Sel Kanser?
Buah manggis terkenal kerana rasanya yang manis dan sedap apabila dimakan. Buah manggis berkulit tebal, tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis.
Tetapi tahukah anda sebenarnya khasiat manggis ini banyak terdapat pada kulitnya walaupun rasanya kelat dan pahit. Buah manggis ini turut dikenali sebagai ‘ratu’ buah-buahan. Kulit manggis mempunyai pewarna getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju anda. Pigmennya yang keungu-unguan juga telah digunakan oleh orang Cina sebagai satu bahan pewarna.
Khasiat Manggis Untuk Kesihatan
- Membantu Mencegah Pertumbuhan Sel Kanser
Buah manggis kaya dengan Xanthones yang merupakan sejenis antioksidan. Buah ini dikatakan membantu memulihkan sistem imunisasi badan. Malah Xanthone ini juga dikatakan mampu mencegah pertumbuhan sel kanser.
Sistem pencernaan anda akan lebih stabil dan tubuh mampu menyerap zat dengan lebih baik dengan mengamalkan minum jus manggis setiap hari. Jus manggis dikatakan mampu membantu menghapuskan kolesterol jahat pada tubuh.
- Mengubati Cirit-Birit
Selain isi buah manggis yang banyak khasiat, bahagian lain juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan. Di India,kulit buah manggis telah digunakan secara meluas sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis mengandungi cecair ‘astringent’, yang dapat mengubati cirit-birit. Malah Masyarakat Cina juga turut mengunakan kulit pokok manggis bagi mengubat cirit-birit. Kulit manggis yang telah direndam semalaman dikatakan mampu dijadikan sebagai ramuan masalah cirit-birit kronik.
Buah manggis sangat sesuai untuk anda yang sedang berdiet untuk menurunkan berat badan. Ini kerana selain rasanya yang lazat dan manis,kandungan buahnya yang rendah kalori sangat membantu menurunkan berat badan. Malah, buah ini tidak mengandungi kolesterol.
Khasiat Manggis Untuk Kecantikan
- Antioksidan
Sebagai wanita, sememangnya menjaga penampilan adalah satu kemestian. Penampilan yang menarik dengan kulit wajah yang bersih menjadi idaman setiap wanita. Tanpa menggunakan bantuan kosmetik,anda juga boleh tampil cantik dengan khasiat yang terkandung dalam manggis.Xanthone merupakan antioksidan yang bermanfaat untuk kecantikan kerana ia dapat:
- Memutihkan kulit.
- Mencerahkan kulit wajah kusam .
- Menghilangkan jerawat.
- Menghaluskan kulit wajah yang kasar.
- Menghilangkan flek hitam di wajah.
- Menegangkan kulit.
- Menghilangkan tanda-tanda penuaan.
- Bertindak sebagai antioksidan.
Pastinya wajah yang muda sangat diimpikan oleh wanita.Buah manggis kaya dengan vitamin C dan dapat bertindak sebagai antioksidan.
Antara Lain Khasiat Manggis:
- Memberi tenaga.
- Mencegah sakit urat saraf.
- Mencegah ulser.
- Mencegah kemurungan.
- Mencegah kegelisahan.
- Membuang toksin dalam badan.
- Membunuh kuman.
- Mencegah kulat.
- Mengurang tekanan darah tinggi.
- Mengurangkan gula dalam darah.
- Mencegah batu karang.
- Mengimbangi seluruh badan.
Info Ekstra!
Untuk pesakit gout,anda boleh mengamalkan petua ini kerana kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan. Caranya adalah seperti berikut:
1. Ambil buah manggis dan kupaskan. Isinya anda boleh makan,tetapi kulitnya jangan dibuang.
2. Ambil kulitnya dan hirislah seperti asam keping dan jemur hingga kering.
3. Apabila anda mahu menggunakannya, ambil 2-3 hirisan kulit manggis yang telah kering tersebut dan rendam di dalam air panas.
4. Apabila air sudah suam,minumlah air tersebut. Rasanya sedikit kelat tetapi enak.
Take Note!
Namun anda diingatkan supaya tidak mengambil buah manggis ini secara berlebihan kerana boleh menimbulkan risiko penyakit yang lain pula.
Kredit foto: fengshuidana
<< Ketahui pelbagai khasiat halia di sini.
No Comment