Petua PemakananSihat

Besarkan Payudara Dengan Khasiat Minyak Bijan

Minyak Bijan - Women Online Magazine

Minyak bijan atau nama Inggerisnya ‘sesame oil’ dihasilkan daripada bijian bijan dan boleh didapati dalam bentuk pekat ataupun cair.

Biji bijan dikatakan kaya dengan zat besi,kalsium,magnesium,zink,tembaga,vitamin E, Vitamin B dan sebagainya. Bijan sememangnya diketahui umum mempunyai banyak kegunaan terutamanya dalam bidang masakan kerana ia sering digunakan sebagai bahan untuk membuat pelbagai jenis roti dan kuih-muih. Selain itu,minyak bijan juga banyak digunakan dalam masakan Asia sebagai kuah salad, perapan dan berbagai lagi.

Jenis Bijan

  • Jenis Bijan Hitam

Dapat menghasilkan kualiti minyak yang terbaik. Amat sesuai untuk tujuan perubatan.

  • Jenis Bijan Putih

Kaya dengan kalsium. Amat berguna kepada mereka yang mempunyai masalah kekurangan kalsium.

  • Jenis Bijan Merah

Kaya dengan zat besi.Biji-bijian bijan ini kaya dengan vitamin A dan E, protein dan lemak.Juga mengandungi 55% minyak yang amat popular dalam masakan cina.

 

Khasiat Minyak Bijan Untuk Kesihatan

  1. Merawat Penyakit Buasir

Hancurkan biji bijan, campurkan dengan air dan mentega lalu diminum.Amat sesuai bagi mereka yang mengalami buasir berdarah.

  1. Merawat Penyakit Anemia

Rendamkan biji bijan hitam dalam air suam selama beberapa jam. Kemudian keringkan dan giling sehingga halus. Akhir sekali,campurkan 1 sudu kecil serbuk biji bijan hitam bersama segelas susu dan minum.

  1. Merawat Cirit Birit

Bagi anda yang menghadapi masalah cirit birit yang kronik,anda bolehlah mencuba petua ini. Ambil 2 sudu bijan dan goreng tanpa minyak. Kemudiaan,kisar halus sehingga menjadi serbuk dan campurkan dengan 1 sudu minyak sapi. Bahagikan kepada 3 bahagian. Campurkan 1 bahagian dengan susu kambing panas dan minum 3 kali sehari selama 6 hari.

  1. Membesarkan Payudara

Biji minyak bijan turut berkesan dalam pembesaran dan pemejalan payudara wanita. Biji bijan ini boleh dimakan apabila dicampur dalam makanan atau minyaknya boleh disapu pada payudara.

  1. Merawat Penyakit Gusi

Apabila biji bijan telah diekstrak menjadi minyak,ia boleh digunakan untuk merawat penyakit gusi. Caranya adalah dengan menyapu dua hingga tiga titis minyak ini pada gusi di waktu malam,terutamanya selepas menggosok gigi. Gusi perlu digosok perlahan-lahan dan rawatan ini perlu diulang setiap malam dalam jangka masa minima tiga bulan.

  1. Menambah Jumlah Zat Besi Dan Zink

Bagi mereka yang mengamalkan pemakanan vegetarian,biji bijan yang kaya dengan sumber besi dan zink amat sesuai diambil kerana ia mampu menambah jumlah zat besi dan zink dalam tubuh akibat kurangnya pengambilan protein daripada makanan berdaging.

  1. Merawat Tumit Merekah

Sapukan minyak bijan pada tumit yang merekah selepas membersihkannya setiap malam sebelum tidur.

  1. Mengembalikan Keanjalan Kulit

Zink yang terkandung dalam biji bijan boleh meningkatkan pengeluaran kolagen sekaligus menyebabkan kulit menjadi lebih anjal dan licin. Kajian juga mendapati zink dalam minyak bijan bermanfaat dalam proses pembaikan kulit badan dan juga boleh melegakan luka terbakar dan keadaan kulit yang lain.

  1. Mengurangkan Pembentukan Plak

Minyak bijan terbukti boleh mengurangkan pembentukan plak dalam mulut dan memutihkan gigi disamping mengurangkan bakteria berbahaya seperti ‘streptococcus mutan’ dalam mulut. Caranya dengan berkumur dengan menggunakan minyak bijan.

 

Khasiat Minyak Bijan Untuk Rambut

Minyak bijan yang disapu ke kulit kepala membantu menyejukkan kepala di samping mengekalkan kehitaman rambut. Malah ia dapat membantu mengurangkan masalah rambut yang semakin kurang,pecah,berkelumumur dan kering. Selain itu,pemakaian minyak bijan yang kerap juga dapat menambahkan lagi keserian rambut.

Kredit foto: amazingwellnessmag.com

<< Ketahui rahsia senaman tiga jari yang mampu membuatkan payudara anda tegang di sini.

Previous post

Apakah Punca Sebenar Hidung Tersumbat?

Next post

Masalah Gigi Busuk & Cara Mencegahnya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *