Kena Tahu! 7 Khasiat Terung Yang Selama Ini Mungkin Anda Tak Pernah Tahu…
Kredit : naturalhealthmedia
Tidak ramai di antara kita yang menyukai terung sedangkan ia mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh.
Terung merupakan salah satu jenis sayuran bewarna ungu yang memiliki kandungan nutrisi yang sangat luar biasa. Terung mengandungi kalsium, mineral, kaya serat, bioflavonoid serta vitamin K. Bahkan terung juga dikatakan sangat bagus untuk kesihatan jantung, otak dan tulang.
Berikut antara khasiat terung:
Terung kaya dengan zat besi. Jika ingin lebih sihat dan kuat, makanlah terung. Tak kisahlah sama ada digoreng, dilayur, disayur ataupun dibuat ulam mentah. Zat besi yang terkandung dalam terung dipercayai sangat baik untuk kesihatan tulang serta membantu mencegah anemia atau kurang darah.
Terung dipercayai mengandungi kalori yang sangat rendah dan bebas daripada lemak. Jika anda ingin mendapatkan hasil yang baik ketika menjalankan program diet, usahakan untuk makan terung kerana ia akan membuatkan anda berasa kenyang sepanjang hari.
Terung juga tinggi dengan serat dan baik untuk membantu sistem penghadaman. Pengambilan terung secara rutin dikatakan mampu mencegah risiko kanser usus
Terung mengandungi bioflavonoid yang cukup tinggi. Sehingga, ia sangat baik untuk menjaga kesihatan hati, mengawal tekanan darah tinggi dan meredakan stress. Di samping itu, terung dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang berisiko membahayakan organ jantung.
Terung adalah sayur yang berserat tinggi, rendah lemak dan juga rendah karbohidrat. Jadi, tidak hairanlah terung boleh mengatasi dan mencegah diabetes.
Kandungan kalsium dalam terung dapat memperkuat dan mempertahankan kekuatan sendi dan tulang.
Kandungan nutrisi phyto pada terung merupakan salah satu nutrisi yang sangat diperlukan oleh organ otak. Jadi, bagi anda yang bingung untuk memilih jenis makanan yang mampu menutrisi otak, sayur terung boleh menjadi salah satu pilihan tersebut.
<< Ketahui khasiat hebat sayur bunga kobis di sini.
No Comment