Petua PemakananSihat

4 Manfaat Makan Lobak Merah & Minum Jusnya

lobak merah - woman online magazine

Kredit : oliviajenkins

Lobak Merah.Ketahui lebih banyak manfaat lobak merah serta jusnya.

  1. Gigi Sihat

Makan lobak merah juga boleh membantu anda menjaga kesihatan gigi dan mulut. Lobak merah dapat mengeluarkan air liur yang berkualiti dan mencegah bakteria daripada merosakkan gigi.

 

  1. Mencegah Penyakit Kardiovaskular

Lobak merah mengandungi beta karoten, alpha karoten dan lutein yang menangkis kolesterol jahat. Ia juga dapat mencegah risiko datangnya penyakit kardiovaskular yang menjadi penyebab kematian.

 

  1. Menjaga Hati

Lobak merah juga baik untuk mengeluarkan racun di dalam tubuh. Ia penting untuk menjaga kesihatan hati yang menjadi salah satu organ penting tubuh kita. Pengambilan jus lobak merah dua atau tiga gelas pada setiap hari membantu proses membuang racun dalam tubuh. Bahkan, kulit anda juga akan berubah perlahan-lahan menjadi lebih sihat, cantik dan bersinar.

 

  1. Memerangi Kanser

Dengan kandungan karotenoid(antioksidan) ini, lobak merah sangat bagus untuk mencegah masalah kanser, antaranya kanser payudara,kanser leher rahim, kaser usus besar dan juga pra menopause.

 

Info Ekstra

Manfaat Jus Lobak Merah

 

 

  • Membantu membuatkan tubuh dan kulit terhidrasi dengan baik.

 

  • Pengambilan jus lobak merah secara teratur mampu menjaga kulit tetap lembab, halus, lembut dan kenyal.

 

  • Minum jus lobak merah menghilangkan serat yang tidak boleh dihadamkan oleh tubuh. Bahkan ia juga meningkatkan daya ketahanan tubuh secara menyeluruh.

 

  • Jus lobak merah juga mengandungi banyak vitamin dan mineral penting yang membantu pencegahan kanser.

 

  • Vitamin C membantu pengeluaran kolegan yang meningkatkan keanjalan kulit dan mencegah kedutan.

<< Ketahui lima jenis minuman yang menjadi ubat sakit kepala di sini.

 

 

Previous post

Sambutan Bulan Play-Doh® Julung Kali Ini Bakal Bentuk Komuniti Ceria

Next post

5 Tips Berhadapan Dengan Suami Pemalas

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *