6 Makanan Yang Patut Anda Makan Setelah Penat Bekerja
Kredit : nmlifestylemag
Apa sahaja yang anda lakukan, pengambilan makanan perlu seimbang. Setelah seharian penat bekerja keras sudah tentu kita perlu makan dan minum untuk mendapatkan semula energi yang telah hilang.
Sungguhpun begitu, anda perlu menitikberatkan apa yang harus dimakan kerana kesihatan diri merupakan merupakan harta yang paling berharga. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan boleh menjauhi kita daripada gangguan pelbagai penyakit. Ini adalah kerana tubuh yang tidak diisi dengan makanan selama satu atau dua jam setelah bekerja keras akan menjadi lemah dan hilang energi. Makanlah walau hanya sekeping roti untuk mengisi kembali tenaga anda.
Berikut adalah makanan terbaik yang tidak wajar kita ketepikan setelah seharian penat bekerja keras.
Kandungan asid amino yang terdapat dalam protein dapat membantu memberikan anda tenaga. Pilihlah yogurt rendah lemak yang mengandungi protein sebanyak hampir 15 gram. Anda boleh menambahkan buah strawberi pada yogurt anda untuk menambah kadar karbohidrat di dalamnya.
Setelah bekerja keras, ada baiknya anda ambil protein dan karbohidrat. Telur mengandungi kedua zat tersebut. Protein yang terkandung dalam telur sebanyak 6.3 gram dan hanya mengandungo 70 kalori setiap biji. Selain itu, telur juga termasuk dalam kategori salah satu makanan yang mengandungi vitamin D secara semulajdi.
Pisang mengandungi potassium yang baik untuk tubuh anda setelah seharian penat bekerja keras. Karbohidrat yang terdapat pada pisang juga membantu mengembalikan tahap glikogen yang membantu membangun kembali energy yang berkurangan.
Ikan salmon mengandungi protein yang sangat tinggi. Selain itu, terdapat juga zat Omega 3 anti inflamasi yang membantu meningkatkan kembali tenaga dan gerak kerja tubuh anda.
Vitamin C sememangnya baik untuk tubuh.Dalam jus oren terdapat potassium yang merupakan cecair penting yang akan membantu mengembalikan cecair yang telah hilang di tubuh seligus meningkat kembali energy anda setelah bekerja keras di siang hari.
<< Dapatkan tips detoks dengan jus sayur dan buah di sini.
No Comment