Harus Tahu! Makanan Sihat Untuk Ibu Mengandung
Kredit : primele1000zile
Anda sedang mengandung? Jadi, Anda Perlu Tahu Makanan Sihat Untuk Ibu Mengandung Supaya Bayi Di Dalam Kandungan Tetap Sihat.
Ibu mengandung memerlukan makanan yang berzat bagi membantu pertumbuhan bayi agar sentiasa sihat dan nomal. Menu yang sihat dan tepat harus diambil secara baik.Pertumbuhan janin di dalam perut akan baik dan sihat selagi anda mengambil makanan yang sihat dalam jumlah yang mencukupi.
Berikut beberapa makanan sihat yang disyorkan buat ibu mengandung.
- Makanan Yang Kaya Dengan Protein
Di awal kehamilan, ibu mengandung memerlukan pengambilan protein yang tinggi. Salah satu sumber protein yang boleh diambil sepanjang waktu mengandung berasal daripada produk olahan susu seperti keju dan yoghurt. Protein sangat penting untuk pertumbuhan jaringan sel bayi dan memperbaiki jaringan sel yang rosak dan pembentukkan otot. Hasil produk olahan susu seperti keju juga terbukti kaya dengan kalsium yang boleh membantu pertumbuhan tulang janin yang dikandung.
Pengambilan buah sepanjang waktu mengandung sangat penting untuk meningkatkan stamina ibu mengandung. Anda boleh memilih buah pisang atau epal yang boleh dijadikan makanan selingan atau kudapan.Pisang kaya dengan asid folik yang diperlukan dalam pembentukan sel otak bayi. Namun, tidak disarankan diambil dalam jumlah yang berlebihan.Buah-buahan yang banyak mengandungi serat boleh membantu meningkatkan metabolism dan ketahanan tubuh.
Pengambilan bijirin pada setiap hari juga baik untuk ibu mengandung. Ini adalah kerana bijirin mengandungi pelbagai mineral, vitamin B, karbohidrat dan kalsium yang diperlukan untuk menyokong aktiviti ibu mengandung dan nutrisi janin dalam kandungan. Anda juga boleh memilih roti gandum sebagai alternatif makanan pengganti bijirin yang kaya dengan kandungan serat.
Ikan ini mengandungi Omega yang akan menambah kecergasan buat janin. Ikan salmon sesuai dinikmati oleh ibu mengandung kerana tidak banyak mengandungi merkuri.
Sayuran hijau banyak mengandungi asid folik dan zat besi bagi menyokong pertumbuhan janin. Antara sayuran hijau yang disarankan ialah bayam dan kangkung.
<< Ketahui makanan yang baik untuk kulit yang lebih cerah dan sihat di sini.
No Comment