Petua PemakananSihat

Makanan Sumber Kalsium Buat Ibu Mengandung

Kalsium untuk Ibu Mengandung - Woman Online Magazine

Kredit: missionforhealth

Makanan Sumber Kalsium.Ibu yang sedang mengandung lebih banyak memerlukan kandungan kalsium berbanding orang biasa.Makanan yang mengandungi kalsium sangat diperlukan oleh ibu mengandungi terutama memasuki trimester kedua dan trimester ketiga kehamilan.

Kekurangan kalsium buat ibu mengandung boleh menyebabkan banyak masalah. Antaranya kejang perut ketika hamil, pertumbuhan tulang janin menjadi tidak sempurna,kereputan tulang pada ibu mengandung serta perkembangan bayi menjadi lebih lambat.

Berikut beberapa makanan sumber kalsium buat ibu mengandung:

 

1. Kacang Almond

Kacang almond mengandungi 70 hingga 80mg. Di samping itu, ia turut mengandungi vitamin E yang cukup tinggi.

 

2. Keju

Keju merupakan produk olahan dari susu yang sememangnya mengandungi kalsium yang cukup tinggi. Sebagai ibu mengandung, anda disarankan untuk mengambil keju terutama jenis parmesan secara rutin kerana ia mengandungi kalsium yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan keju jenis lain.

 

3. Sayuran Hijau

Selain susu, sumber kalsim terbaik lain buat ibu mengandung adalah sayuran hijau. Untuk mendapat kalsium yang lebih optimum, sayur bayam dan brokoli merupakan pilihan yang tepat.

 

4. Yogurt

Yogurt termasuk dalam jenis produk susu. Semua produk susu adalah sumer zat kalsium terbaik dan mudah sekali dihadamkan oleh tubuh. Kandungan lain daripada susu yang diperlukan oleh tubuh adalah magnesium dan fosfor.

 

Info Ekstra!

Antara Manfaat Kalsium Bagi Tubuh Manusia

  • Menormalkan tekanan darah
  • Menyeimbangkan tahap keasidan darah
  • Mengaktifkan saraf
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Melenturkan otot
  • Menjaga keseimbangan cecair tubuh
  • Meminimumkan penyusutan tulang selama hamil dan menyusui
  • Mengatasi kering dan pecah-pecah pada kulit kaki dan tangan
  • Memulihkan gairah seks yang menurun/melemah
  • Mengatasi kencing manis
  • Mencegah osteoporosis (kereputan tulang)
  • Mencegah penyakit jantung
  • Menurunkan risiko kanser usus
  • Mengatasi kekejangan, sakit pinggang dan buasir
  • Mengatasi sakit ketika haid dan menopause

<< Ketahui manfaat lada sulah untuk kesihatan tubuh di sini.

Previous post

Resepi Kuih Seri Muka

Next post

Cara Pakai Concealer Yang Tepat Mampu Buat Wajah Anda Nampak Lebih Bermaya Dan Cantik

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *