Makanan Tinggi Kalsium Penting Buat Tubuh
Kredit : 11athletics
Tubuh manusia mempunyai keperluan kalsium yang bergantung pada usianya.Keperluan kalsium tertinggi bagi wanita dewasa berusia 51-71 tahun, rata-ratanya memerlukan kalsium sebanyak 1200 mg sehari.
Ia disebabkan kerana semakin tua usia kita, maka kalsium yang ada di dalam tubuh menjadi semakin menurun kandungannya.Kalsium merupakan salah satu mineral yang jumlahnya paling banyak di antara mineral-mineral lainnya yang terkandung dalam tubuh manusia.Kalsium sangat berguna untuk membantu pertumbuhan, terutama pada bahagian tulang, untuk mencegah kereputan tulang dan membantu memperkuatkan struktur tulang.
Kepentingan kalsium bukan hanya diperlukan oleh wanita yang lanjut usianya sahaja. Sebaliknya ia turut diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar dan para ibu mengandung.Ibu mengandung disarankan mengambil susu yang mempunyai kandungan kalsium tinggi sepanjang kehamilan agar janin yang memperoleh kandungan mineral kalsium yang mencukupi.
Berikut beberapa bahan-bahan makanan yang mengandungi kalsium tinggi yang boleh anda manfaatkan.
Segelas susu mempunyai kandungan kalsium sebanyak sebanyak 270 mg.Jadi, sebab itulah anda disarankan minum susu secara rutin dua kali sehari agar keperluan kalsium mencukupi.
Yoghurt merupakan salah satu produk olahan susu yang sangat poular. Selain dapat membantu melancarkanpenghadaman, yoghurt juga mempunyai kandungan kalsium yang baik buat tubuh. Yoghurt memiliki kandungan mineral dan zat yang banyak.
Bayam merupakan sayuran hijau yang cukup mudah ditemui. Makanan tinggi kalsium ini ternyata mampu menghasilkan 200 mg kalsium, yang cukuk membantu keperluan kalsium sehari-hari.
Brokoli turut tersenarai dalam kategori makanan tinggi kalsium.Di samping memiliki serat tinggi yang baik untuk diet sihat, brokoli juga mempunyai kandungan kalsium yang tinggi iaitu sebanyak 180mg.
Minyak bijan juga tersenarai dalam makanan tinggi kalsium. Biarpun digunakan dalam jumlah yang sedikit, tetapi setiap 1 auns biji bijan ini mempunyai kandungan kalsium yang tingggi iaitu sebanyak 280mg.
- Susu Soya
Bagi anda yang tak minum susu, cuba minumlah susu soya. Secawan susu soya mempunyai kandungan kalsium sebanyak 300mg.
<< Ketahui makanan yang mampu mencegah kanser serviks di sini.
No Comment