Petua PemakananSihat

8 Jenis Makanan Kuatkan Daya Ingat Otak

makanan sihat cerdaskan otak - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Nak tahu mengenai apakah makanan untuk otak bijak ? Jom dapatkan tips di sini khas untuk pembaca setia WOM.my.

Siapa yang tak nak memiliki otak yang cerdas serta dapat berfikir dengan cepat dan tepat,kan? Semua orang mahu! Apabila otak kita cergas, segala apa yang kita buat dapat dilakukan dengan cepat.

Selain pengaruh radikal bebas, pertambahan usia seseorang juga boleh membuatkan fungsi otak semakin menurun. Jadi, sebab itulah kita perlu menjaga otak agar tetap sihat dan cerdas.

Tentunya otak juga memerlukan makanan atau zat, tetapi tidak ramai yang tahu apakah makanan-makanan yang baik dan boleh menjaga fungsi serta kecerdasan otak. Dengan makan sihat, otak akan jadi lebih mudah untuk merakam serta mengolah informasi yang terakam dalam memori, lalu kemudiannya mengaitkan informasi tersebut.

Jom, semak beberapa jenis makanan sihat yang boleh mencerdaskan otak kita. Antaranya:

1. Ikan Salmon

Ikan sangat baik untuk otak. Di dalam tubuh ikan terdapat asid lemak omega 3. Asid lemak omega 3 ini banyak terdapat pada ikan salmon, tuna dan sardin.  Kandungan omega 3 ini bukan sahaja bagus untuk jantung, tetapi juga dapat meningkatkan fungi belajar dan memori di otak.

2. Coklat

Ternyata coklat sangat baik untuk otak kerana mengandungi ‘flavoboid’ yang mengundang pembentukan sel saraf baru pda otak yang boleh menambah kemampuan menyimpan ingatan dalam memori otak anda.

3. Pisang

Ramai yang menyukai pisang, selain bermanfaat bagi menjaga kecantikan ternyata ia juga bagus untuk mengaktifkan otak kita. Dalam buah pisang terdapat kalium dan magnesium yang berfungi untuk transmisi saraf di tubuh serta otak anda.

4. Bayam & Kangkung

Sayuran hijau seperti bayam juga sangat baik untuk mempertajamkan minda anda. Di dalam bayam mengandungi vitamin B9 yang berfungsi untuk meningkatkan memori yang diperlukan untuk mencerdaskan otak anda.

Manakala kangkung juga mengandungi vitamin, mineral dan antioksidan yang tinggi serta sangat berpengaruh terhadap kekuatan dan daya fikir otak.

5. Telur

Telur sangat baik untuk otak kerana di dalam telur mengandungi asid amino yang sememangnya diperlukan untuk mempertajamkan otak kita.

6. Avocado

Avocado tergolong dalam kategori buah berlemak. Namun, pengambilan dalam jumlah yang tepat boleh membantu melancarkan perjalanan darah.

Selain mampu melancarkan perjalanan darah, buah ini juga sangat bagus untuk otak kerana ia kaya  dengan vitamin E yang berfungsi sebagai antioksidan serta mampu melindungi otak daripada penuaan semulajadi.

7. Brokoli

Sangat baik untuk mempertajamkan daya ingatan otak. Brokoli mengandungi vitamin C, antioksidan serat beta karoten yang berfungsi menjaga kesihatan otak.

8. Jus Delima

Buah delima mempunya sejuta manfaat buat tubuh, termasuk otak. Buah ini dipercayai dapat membuat daya fikir seseorang itu tetap aktif. Antioksidannya juga mampu melawan radikal bebas.

<< Adakah anda berminat nak tahu khasiat lobak merah pula, klik sini untuk maklumat lanjut.

Previous post

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman bersama USAHANITA

Next post

Tips Memilih Dan Memadupadankan Warna Hijab

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *