Petua PemakananSihat

Mesti Baca! Makanan Yang Baik Untuk Kulit Cantik & Cerah

makanan yang baik untuk kulit - woman online magazine

Kredit : medianita

Nak kulit cantik dan cerah? Anda Perlu Tahu Makanan Yang Baik Untuk Kulit.

Sebenarnya anda tidak perlu menghabiskan duit atau waktu di tempat-tempat seperti salon kecantikan dan sebagainya hanya sekadar untuk mendapatkan kulit yang cantik. Ini adalah kerana terdapat banyak makanan yang baik untuk kulit. Begitu juga dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan-makanan tersebut ada yang baik untuk kulit dan semuanya boleh anda peroleh dengan mudah dan murah.

Berikut beberapa makanan yang baik untuk kulit, di antaranya:

  1. Sayur-Sayuran

Perbanyakan pengambilan sayuran berwarna merah dan hijau seperti bayam, lobak merah dan brokoli kerana ia mengandungi beta-carotene yang berfungsi sebagai antioksidan untuk kulit.Jadi, selain mencegah kerosakan pada sel, beta-carotene juga akan diubah oleh tubuh menjadi vitamin A yang berguna untuk memerangi jerawat, menghasilkan sel kulit baru dan membuat warna kulit menjadi lebih muda dan cerah.

 

  1. Ikan Yang Kaya Dengan Lemak Omega-3

Selain lazar, ikan juga kaya dengan asid lemak Omega-3, adalah rahsia utama untuk mendapatkan kulit yang cerah. Sardin, tuna dan salmon yang kaya dengan protein boleh melindungi kulit dari pancaran sinaran matahari dan pencemaran udara. Makanan yang baik untuk kulit seperti itu mengandungi protein di dalamnya yang akan membantu pertumbuhan sel dan membuat kulit jadi lebih bercahaya.

 

  1. Minyak Zaitun

Minyak zaitun adalah makanan yang paling sihat untuk kulit anda. Masukkan beberapa titis minyak zaitun sebagai penyedap untuk salad buah-buahan dan sayuran yang anda masak. Anda akan merasakan manfaat daripadanya. Minyak zaitun mengandungi asid lemak yang essensial yang mampu membuatkan kulit nampak cerah, bercahaya dan sihat.

 

  1. Buah Oren

Buah oren mempunyai khasiat banyak vitamin C yang bagus untuk kesihatan kulit. Ini adalah kerana vitamin C akan meningkatkan pengeluaran kolagen dan elastin di dalam tubuh yang berfungsi untuk mengurangkan kedutan dan melambatkan penuaan kulit. Selain itu, oren juga dipercayai dapat memperlambatkan pengeluaran melanin yang merupakan pigmen yang membuat kulit kelihatan lebih gelap. Jika anda mahukan kulit yang lebih cerah, anda disarankan untuk pengambilan oren segar satu kali dalam sehari.

 

  1. Avokado

Buah avokado mengandungi banyak vitamin E yang berguna untuk melambatkan proses penuaan dan membersihkan kulit dari segala noda seperti bekas-bekas jerawat, bintik-bintik hitam dan jeragat dan sebagainya. Pengambilan buah avokado secara teratur dikatakan mampu mencegah kulit menjadi kendur kerana disebabkan pertambahan usia.

<< Ketahui bahaya makan malam yang menanti anda di sini.

 

 

Previous post

Festival Topeng Antarabangsa Malaysia 2015 Bermula Ogos Ini

Next post

Ketahui Penyebab Anak Susah Makan & Cara Mengatasinya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *