4 Kebaikan Sayur Salad Yang Boleh Buat Anda Kurus
Kredit Foto : specialdocs
Sayur Salad. Ternyata sayuran hijau ini mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
Setiap daripada kita mempunyai gaya hidup yang berbeza-beza dan sentiasa berubah dari masa ke semasa. Ternyata gaya hidup yang kita lalui pada setiap hari memberikan efek pada kesihatan.Salah satu, jika ingin kita ingin menerapkan gaya hidup sihat, sudah pasti kita perlu banyak makan sayur-suyuran dan buah-buahan serta mengurangkan pengambilan makanan bergoreng dan tidak berzat.
Baca Juga: Sayur Asparagus
Salah satu menu makanan yang cukup baik untuk kesihatan anda ialah sayur salah.Sebenarnya masih ramai yang tidak menyukai sayur salad, dan adakah anda termasuk dalam kategori itu?Alahai… ruginya kerana ada banyak manfaat sihat yang boleh anda peroleh daripada sayur salad ini jika dimakan pada setiap hari. Tak percaya, semak di sini ya!
Jika anda tidak suka menikmati salad sayur mentah, anda boleh letakkan salad dengan buah yang dicampur dengan sedikit mayonnaise dan plain yogurt. Jika mahu, anda boleh juga menambahkan cili benggala dan sayur kobis ke dalam salad buah anda itu.
Sayur salad mampu memenuhi keperluan serat harian. Tak kiralah salad bulat mahupun salad biasa, keduanya memberikan banyak serat dan mampu menurunkan kadar kolesterol dalam masa yang singkat.
Salad yang kaya serat akan membantu melancarkan sistem penghadaman sekaligus membersihkan usus dari racun dan zat-zat sisa yang mengundang penyakit. Makan sayur salad setiap hari akan membantu mendorong gerakan usus dan memperbaiki metabolisme.
Makan sayur salad setiap hari akan mengurangkan pengambilan karbohidrat secara semulajadi dan akan memudahkan tubuh anda menurunkan berat badan. Kalori akan dibakar dengan lebih baik dan anda pun akan menjadi makin langsing.
Baca Juga: Khasiat Limau Kasturi
4. Cegah Kanser
Salad juga kaya dengan nutrisi yang boleh menurunkan risiko beberapa jenis kanser. Cubalah buat salad dengan campuran buah beri, pear, epal, lobak merah dan tomato.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya
<< Ketahui khasiat luar biasa yang terdapat pada bunga kantan di sini.
No Comment