Menu Sihat Tanpa Gula
Foto: thisthingcalledlife
Jika anda benar-benar mahu kembali langsing, cubalah untuk kurangkan pengambilan makanan manis.
Menu sihat tanpa gula bukan sahaja mampu mengembalikan bentuk tubuh anda, malahan anda juga akan jadi lebih sihat. Gula adalah zat yang menyebabkan tubuh menghasilkan hormone insulin sangat tinggi yang dikenali sebagai ‘insulin spike’.
Tubuh menghasilkan insulin agar gula dapat segera dimasukkan ke dalam sel tubuh. Insulin tak ubah seperti kunci yang membuka pintu sel agar gula dapat masuk ke dalam sel tubuh. Apabila tubuh dipaksa secara berterusan menerima kadar gula yang tinggi, maka fungsi insulin pun menjadi berkurangan. Perkara ini terjadi kerana sel tubuh menjadi tidak sensitif ataupun kurang sensitive terhadap insulin.Akibatnya, anda berisiko menjadi gemuk, diabetis, penyakit jantung koroner, hipertensi atau strok.
Berikut adalah beberapa manfaat yang boleh anda peroleh menerusi menu sihat tanpa gula:
Dalam satu bulan anda pasti akan merasakan kehilangan berat badan beberapa kilogram. Ia turut berkaitrapat dengan makanan lain yang anda makan.
- Semakin Berenergi
Anda akan merasakan lonjakan energy dua kali lebih besar jika berhenti mengambil gula. Anda juga akan jadi lebih berenergi ketika bersenam ataupun bersukan.
Tanpa anda sedari, kulit anda akan jadi lebih halus, lembut dan kelihatan lebih muda.
- Perut Tidak Lagi Bermasalah
- Kelebihan gas atau masalah perut kembung akan berkurangan.
Info Ekstra
Makanan Kaya Gula – merupakan musuh nombor satu pagi penghidap diabetis. Makanan dengan kadar gula tinggi seperti gula pasir, ais krim, donat, pastry, coklat serta makanan dengan pemanis buatan sangat berbahaya buat mereka. Makanan-makanan tersebut boleh menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah.
<< Ketahui kebaikan telur rebus di sini.
No Comment