Nak Lebih Cantik, Minumlah Jamu! Tapi….
Di sebalik rasanya yang pahit, ternyata jamu mempunyai banyak khasiat terutama untuk kesihatan.
Kegunaan jamu sangat sinonim dengan wanita, terutama selepas bersalin atau melahirkan anak. Jamu untuk wanita diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, akar kayu, daun, kulit kayu atau buah-buahan yang mempunyai khasiat tersendiri.
Salah satu sebab mengapa seseorang lebih senang makan jamu kerana jamu mempunyai banyak manfaat. Bahkan, pengambilan jamu juga dikatakan lebih selamat dan jarang menggunakan bahan kimia dalam pembuatannya mahupun proses penyediaannya. Dengan pengambilan jamu seseorang boleh memiliki apa yang diinginkan tanpa rasa bimbang dengan efek sampingan. Jamu untuk wanita ini biasanya mempunyai rasa yang agak pahit. Jadi, anda disarankan untuk mencampurkan jamu dengan madu sebagai pemanis agar rasanya lebih enak.Terdapat pelbagai jenis jamu untuk wanita, samada dalam bentuk cecair, tablet dan juga kapsul.
Kegunaan jamu bagi kaum wanita ialah :
- Ketika bersalin
Jamu ketika bersalin berfungsi menyediakan keperluan bagi ibu selepas bersalin. Ia dapat membantu mengembalikan kesegaran serta bentuk tubuh selepas melahirkan dan ketika berpantang.
- Meremajakan kulit
Kelebihan meminum jamu untuk wanita ini ialah ia dapat meremajakan kulit disamping mengekalkan keanjalan kulit di seluruh tubuh.
Ia dapat merapatkan vagina bagi wanita yang sudah berumahtangga sekaligus dapat merangsang daya seksual bagi kaum wanita.
- Awet muda
Setiap wanita ingin tampil muda sentiasa. Melalui pengambilan jamu yang diperbuat daripada bahan semulajadi, kulit akan menyerap segala khasiat bagi mengekalkan keanjalan kulit.
- Melancarkan proses dalaman tubuh
Bagi wanita yang aktif dalam menguruskan kerjaya dan keluarga, pasti anda akan berasa mudah letih. Jadi, jamu untuk wanita boleh membantu memperbaiki proses pencernaan, melancarkan peredaran darah, menghilangkan keletihan serta menambahkan daya tahan tubuh agar sentiasa sihat dan segar.
Masalah keputihan sering dialami oleh kaum wanita. Masalah ini mampu diatasi dengan pengambilan jamu yang diperbuat daripada buah-buahan. Ramuan ini dapat merawat penyakit keputihan wanita.
- Masalah jerawat
Pengambilan jamu dengan konsisten dapat menyembuhkan parut-parut jerawat. Jamu yang sesuai diambil ialah jamu yang diperbuat daripada ekstrak daun senduk, hempedu bumi, pegaga, kunyit dan temulawak.
Sesetengah wanita mengalami sakit perut ketika haid atau lebih dikenali sebagai senggugut. Jamu yang diperbuat daripada kayu ulas dan kendawung adalah sangat sesuai untuk dimakan.
Ingat, Jamu Bukan Ubat!
Jamu bukanlah ubat yang dapat menyembuhkan penyakit dalam waktu yang singkat. Pengambilan jamu untuk wanita memerlukan masa yang panjang untuk menyembuhkan sesetengah penyakit. Jamu boleh diambil sebagai makanan tambahan. Namun,pengambilan jamu untuk wanita juga boleh menyebabkan kesan sampingan. Antaranya ialah:
Kerosakan hati
Organ hati adalah organ yang berfungsi untuk menapis racun dalam darah. Oleh kerana jamu diperbuat secara tradisional, kemungkinan besar ia mengandungi tahap toksik yang tinggi dan menyukarkan hati untuk berfungsi. Selain itu, penjagaan kebersihan juga perlu diambil kira dari segi pembuatan jamu tersebut.
Sakit buah pinggang, pereputan tulang dan pendarahan usus
Dengan meminum jamu, ini bermaksud anda meminum bahagian hampasnya juga. Hampas jamu boleh menyebabkan sakit buah pinggang. Bukan itu sahaja, terdapat sesetengah jamu yang dicampur dengan bahan kimia tanpa mendapatkan nasihat doktor. Bahan kimia ini berpotensi tinggi menyebabkan pendarahan usus dan osteoporosis.
Darah tinggi dan jantung berdebar
Kafein adalah zat yang dapat menyebabkan kegelisahan, sakit kepala dan tekanan darah tinggi jika diambil dalam jumlah yang banyak. Jika jamu yang anda ambil mengandungi kafein, maka anda akan mengalami kesan sampingan seperti di atas.
Risiko bagi ibu hamil dan menyusu bayi
Organ tubuh badan bayi masih dalam fasa pertumbuhan, sudah tentu ianya sangat sensitif terhadap sebarang pengambilan jamu. Ibu yang mengambil jamu sebagai makanan tambahan akan menyalurkan jamu tersebut kepada bayi juga. Hal ini akan amat merbahaya kepada tumbesaran bayi.
Kesan Ubat
Bahan kimia yang bercampur dengan bahan lain sudah tentu memberikan keburukan kepada tubuh badan anda. Jika anda dibawah pengawasan doktor, anda dinasihatkan untuk tidak mencampurkan jamu dan ubat-ubatan.
Info Ekstra!
- Jangan sembarangan membeli jamu kecuali produk yang sudah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Jika anda ingin memakan jamu, anda dinasihatkan untuk membuatnya sendiri kerana sesetengah jamu ditambah dengan bahan pengawet dan bahan kimia.
- Jangan terlalu bergantung kepada pengambilan jamu, lebih baik makan makanan yang berkhasiat.
Kredit foto: indonesia
<< Fibroid boleh mengancam organ penting wanita. Info selanjutnya di sini.
No Comment