Rahsia Sebenar Minyak Almond Yang Sememangnya Bagus Untuk Kulit
Foto: olivalley
Minyak almond adalah salah satu daripada beberapa minyak sayuran yang paling umum digunakan. Ia mengandungi banyak khasiat, khususnya di dalam dunia kecantikan.
Minyak almond adalah minyak yang berasal dari biji kacang almond yang diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu minyak almond pahit dan minyak almond manis. Minyak almond manis sering digunakan dan sangat popular di dalam industri kecantikan.Minyak almond sering digunakan dalam pelbagai produk kosmetik dan penjagaan kulit. Minyak almond mudah diserap dan membuat kulit anda terasa lembut. Ia telah digunakan sejak abad ke-16.
Khasiat Minyak Almond
- Minyak almond mempunyai vitamin A, B2, E dan B6. Disebabkan itu, ia dianggap bagus untuk semua jenis kulit. Ia mengawal kelembapan kulit dan membantu memberi pemakanan yang baik untuk kulit.
- Bibir yang kering dan pecah boleh diatasi dengan mengoleskan minyak almond. Selain itu, tompok gelap pada bibir juga boleh pudar jika anda menggunakannya secara teratur.
- Ia mengandungi asid lemak yang banyak dan mudah meresap ke dalam kulit. Asid lemak membantu kulit agar tetap halus dan lembut. Disebabkan faktor usia, sel-sel pada kulit sudah mula kehilangan keupayaan mereka untuk mengekalkan kelembapan, sehingga kulit tampak kendur atau berkedut.
- Minyak almond juga boleh digunakan sebagai ubat untuk pelbagai penyakit kulit dan ekzema. Kerana sifat dari minyak almond ini boleh mengurangkan keradangan, kemerahan dan gatal-gatal pada kulit.
- Minyak almond telah berjaya mencegah kerosakan kulit yang disebabkan oleh sinar UV B. Mereka yang telah dirawat dengan minyak almond ternyata lebih dilindungi daripada kesan buruk sinar UV B.
- Jika terdapat lingkaran hitam di bawah mata anda, cubalah untuk mengoleskan minyak almond di bawah mata anda secara rutin.
- Minyak almond bekerja untuk mengurangkan kehilangan kelembapan pada kulit anda dengan menjaga sel agar tetap sihat dan berfungsi dengan baik.
Cara Membuat Minyak Almond
Bahan-bahan:
- 2 cawan kacang almond yang belum dibakar
- 3 sudu teh minyak zaitun
Cara membuat:
- Masukkan kacang almond ke dalam pengisar, tutup rapat. Mula dengan kelajuan perlahan dan secara beransur-ansur menambah kelajuan.
- Jika kacang almond bergumpal seperti bebola, hentikan pengisar dan ketepikan kembali kacang almond yang terkumpul di dalam pengisar.
- Teruskan proses mengisar. Selepas beberapa minit, gumpalan tersebut akan mula pecah dan menjadi pes.
- Tambah minyak zaitun.
- Setelah menjadi pes krim, simpan ke dalam bekas tertutup. Simpan pada suhu bilik yang sesuai selama 1-2 minggu agar minyak berasingan dari kacang almond.
- Akhir sekali, selepas minyak telah berasingan, anda boleh menggunakannya untuk kecantikan kulit.
Info Extra!
Minyak almond boleh digunakan sebagai make-up remover. Gunakan masa malam hari sebelum tidur serta biarkan sisa minyak almond melekat di wajah anda sepanjang malam.
<< Ketahui cara dapatkan tidur nyenyak tanpa gangguan stress di sini.
1 Comment
[…] kekal segar dan merangsang otak agar sentiasa cerdas, makan sedikit kudapan seperti kacang almond atau buah-buahan. Makan buah seperti epal yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang menjaga […]