Kenapa Kita Mesti Pilih Sayur Organik Berbanding Sayur Biasa? Jawapannya Ada Di Sini…
Kredit : balesehat
Sebenarnya masih ramai di antara kita yang masih belum faham apakah yang dimasudkan sayur organik itu. Secara fizikalnya, sayur organik sama sahaja seperti sayur biasa yang banyak dijual di pasaran.
Namun, apa yang jelas sayur organik ini mempunyai lebih banyak kelebihan ataupun manfaat bagi kesihatan tubuh manusia.Sayur organik adalah makanan yang ditanam dan dihasilkan secara semulajadi.Sayur organik juga tidak menggunakan baja buatan kimia atau disembur dengan racun kimia. Kini menikmati makanan sihat dengan sayur organik telah menjadi trend baru dalam dunia kesihatan terutama menu makanan sihat. Ini adalah kerana manfaat sayur organik yang terlalu banyak buat tubuh manusia.
Berikut beberapa kelebihan atau manfaat sayur organik:
- Tidak mengandungi bahan kimia berbahaya
Ini adalah kerana penghasilan sayur organik ini melalui proses semulajadi tanpa ada campuran bahan kimia. Pengambilan sayur organik dikatakan mampu mengurangkan kemasukkan zat-zat kimia ke dalam tubuh. Endapan dari zat kimia tersebut dapat membahayakan kesihatan dan boleh menyebabkan penyakit seperti kanser.
- Lebih segar, sedap dan tidak mudah busuk
Sayur organik mempunyai rasa yang lebih manis, ranggup dan segar kerana kandungan air dalam sayur tidak terlalu banyak. Selain itu kandungan air yang sedikit dibandingkan dengan sayur biasa membuatkan sayur organik lebih tahan lama dari proses pembusukan. Ini adalah kerana proses pertumbuhannya terjadi secara natural tanpa adanya campuran bahan kimia sehingga rasa dari sayuran tersebut juga semulajadi.
- Lebih berkhasiat dan sihat
Sayur organik tidak dibentuk melalui baja kimia, racun kimia atau bahan-bahan kimia lainnya sehingga sayur-sayuran tersebut tidak mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan tubuh. Di samping itu, buah-buahan dan sayur organik mengandungi lebih banyak khasiat seperti vitamin, magnesium, fosfor, zinc dan zat besi. Sayur organik juga mempunyai kandungan zat yang lebih tinggi seperti kandungan mineral dibandingkan sayur biasa.
4.Elok untuk kanak-kanak dan ibu mengandung
Sayur organik tidak menggunakan pewarna buatan ataupun bahan pengawet, dan telah dianggap sebagai makan sihat. Hal ini memberikan ketenangan fikiran bahwa pengambilan sayur organik tidak mendatangkan bahaya atau risiko bagi kesihatan anak dan ibu.
<< Ketahui khasiat jus bayam di sini.
No Comment